Friday, January 9, 2009

lamb

i ate this for breakfasting

and besides, i brought this to PADI (which jaja initially refered to redcard! beb, lucky u told me before my exit to bangi. if not, PIAP x800 !!) for our breakfasting session (jaja hanya puasa for half day. PIAP lagi!)

They are actually leftover of what Yuda had ordered for her baby (still in tummy laa..). she's now 4-months preggy and craving for shweet shweet stuffs, so she ordered 16 of cupcakes.
lucky u jaja! (eventho u ngelat)

Tuesday, January 6, 2009

muharram

tadi, nana call sambil mengingatkan esok 10 muharram aka hari asyura.

just to share.

10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
16. Allah menjadikan 'Arasy.
17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
18. Allah menjadikan alam.
19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
20. Nabi Isa diangkat ke langit.

Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):

1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
3. Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
6. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
9. Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.
12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.
13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

copy from here.


innalillah..

gambar dipetik dari Utusan Malaysia


Al-Fatihah.

i cant imagine how do i look if i was in this situation.

mungkin akan meraung sekuat-kuat hati
mungkin menangis tak berhenti
mungkin akan jadi gila
mungkin membisu seribu bahasa
mungkin akan menyalahkan keadaan
mungkin aku redha dgn keadaan..

smuanya logik.

wat ever it is, hopefully, aku akan menerimanya secara hikmah.

ya Allah, lindungilah saudara-saudaraku di Palestin.

just imagine, if this were to happen here, in Malaysia. Syukur dengan apa yang kita nikmati, semua datang dariNya. RezekiNya...


Saturday, January 3, 2009

cuppycakes

i made these for nadzril. he's a grown up baby. 1tahun esok!
nama penuh dia ialah mohd nadzril zidane. bkan main lagi nama..
dia adalah anak kepada sepupu saya. means, kira anak sedara la kan?



nway, happy bday to you! long way to go boboy!

spanish

i dedicate this to myself.

jamie foxx n beyonce-when i 1st saw u.

Friday, January 2, 2009

saya ditanda!

shaq!!!!! nape tag aku? malas btul nak layan bendalah tag ni. haiyoh! takpela. since dah masuk tahun baru ni, aku layankan je la. kata nak jadi a better shahida. hikhik.

1. Senaraikan 10 perkara ttg org yg tag kamu

i. dah kenal dia sejak sekolah menengah.
ii. ada sepasang mata yg kuyu, ala-ala gafild
iii. dated nini for yearssss
iv. pastuh, dated irina (aku tak knal) tapi kami penah tserempak kat wayang summit few years back kan? ye, aku masih dgn mamat itu.
v. kini, dating anies, yang aku juga kenali.
vi. ada moment-moment masa naik ketapi kat KTM KL dolu2
vi. dia penah dtg umah aku. mami aku masih ingat dia ok. mungkin kerana 1st impression dia.
ape lagi? (ohh..im bad at remembering things mcm ni..)
vii. dia ada belog (of kos la ada kan. takkan nak tag pakai sms???)
viii. sekarang ialah seorang pelaut tegar dan beropis tetap di kelana jaya
ix. suka aktivit luar pintu

fuhhh..

2. Tuliskan novel kegemaran kamu

entah. i read whenever, whatever i feel to read. takde yang spesifik.

3. Listkan 5 bende yang kamu sayang

a) gadgets : tev (ini nama henpon), mike (leptop)
b) buku pemberian akema.
c) amer munawer aka whoop-whoop jr. - ini nama kereta
(ngade2 sungguh ada nama untuk yg bukan-bukan.dun care lah!)
d) handbag cokelat prada
e) dan selebihnya,aku tak terlist kat sini. byk sgt. oh,ini sungguh duniawi!

aku tag jaja, ayyub. cukup la tu. tak baik buli orang..