Thursday, June 18, 2009
aku takut..
..hilang apa2 keupayaan. tak kira ape lah. bernafas ke, bangun ke, celik mata ke.
alhamdulillah, umur aku masih panjang dan semoga dikurniakan kesihatan yang berpanjangan
..akan kehilangan org yg aku sayang. aku bersyukur kerana sehingga kini, Allah masih beri kesempatan pada aku untuk meluangkan masa bersama korang2 yang aku sayang. mami dadi, untuk balas jasa mereka, aku memang tak mampu. tapi aku buat apa yang terdaya je. heart you both! adik beradik, famili, gff, kawan2. oh ye, gbi. thanks for being there.
..cicak, aku memang takut dengan muka dia. ngeri! penah skali tu, masa aku bukak pintu kereta, ada cicak kat pintu. staring at me. menjerit skuat hati masa tu! mane tak nye. dah la hardcore punya cicak, stare lagi. fuhh, jerittt!! sampai dia melompat balik masuk kereta. pastu bermula la
adegan berkata2 dgn cicak, supaya dia tak muncul masa aku drive. takut terswerve ke. na'uzubillah.
..katak..aritu, ada katak kat dapur aku. dia terperuk kat corner. bila aku amik penyapu, dia lompat. aku jerit skuat hati. aku tolak dia guna pnyapu. dia masuk dalam rumah!!! lagi la aku jerit. tuptup aku tengok mami dah sampai dapur, bertanyakan kenapa. katak rupanya.. last2 katak tu kuar, setelah dibawak berbincang. bincang? comel kan bunyik nya. memang mak aku bercakap2 dengan katak tu..fuh legaa..
..sejuk. tak kira la berada di tempat sejuk ke, aircond ke..if possible, aku akan pakai stokin. kat opis ni pon aku slalu je tutup aircond kat area aku. kalau
tido tempat yg ada aircond, aku akan off jugak tgh malam (end up org lain bpeluh2) or aku akan slowkan fan or naikkan temperature.
hahaha..penakut sejuk rupanya..kampung betul!
..tinggi? aku tak berapa takut tinggi, cuma aku takut dgn binaan bangunan.
masa aku kat atas eiffel tower tu (hamboi, contoh bukan main lagi..blagak!), aku suka sbb nampak smua benda, tapi aku takut dgn metal2 binaan dia.
takut2 kalau dia roboh masa aku ada kat nun atas tu. penah skali lagi tu aku panjat tiang kat atas kapal, tengah2 lautan kat langkawi nun.
cuba ko bayangkan aku kat atas tiang (ala2 kelasi la ni), dengan angin yang kuatnye, nak kena meniti tali ke tiang lagi satu (provided ada org belay la kan).
gugur jantung aku masa tu.. tapi syiok la.
..aku tak berapa takut air. tapi ada kala aku dok bayang2 klip2 video time tsunami tu.. menggerunkan!!..
..kena tipu dan aku tau yang aku kena tipu. baikla aku tak tau yg aku kena tipu. bukan ape. kadang2 menyakitkan hati je. ini apply to all. bukan sahaja in
relationship, malah time2 kau berada seorang diri di perantauan orang. masa tu la ko rasa ko la berdoa yang paling kuat agar takde benda bukan2 jadi kat ko.
..risk? aku rasa aku di bawah kategori risk taker la gak. kadang2 je aku tak berani. entah sebab ape aku pon tatau. mebi sbb melayu kot.
dah semakin tua ni, aku rasa semakin tak risk taker la. mebi sbb nak kan secure-ness (ade ke perkataan ni?) sampai kadang2 aku rasa nak pijak kepala sendiri sbb pikir kenapa dulu aku
bole nak tak kesah semua benda..
..tak dapat nak puaskan hati semua org. so apa boleh buat? do your very best la. d rest, leave it to Allah to decide. aku harap2 la aku tak mengecikkan hati sesapa dalam dunia ni selama2 aku hidup ni. pls dimaafian ye jika anda adalah salah seorang yg aku sakitkan hati dia. i know im not sensitif enough to care. straight forward sangat pon. aku tak berapa seni sgt, so excuse me dong..
tapi above all, aku rasa aku paling takut mati. memang semua org akan mati tapi amalan aku belum cukup. jauhhhhhh lagi. dah dah, tak perlu cerita lebih lanjut mengenai hal ini.
*ini sebenarnya aku dah type kat notepad, tapi baru nak paste arini. hahhaaa..
Wednesday, June 10, 2009
udang kering
after dah setel di kilang itu, kami makan n gerak dlm 2pm. so by 4pm dah sampai kk balik. penaatt! tapi lepas baca stoodle, aku kembali cargassss.. thanks stoodle for this!
here are few picass yg aku sempat ambil sepanjang perjalanan tadi. panorama! rasa macam nak beli dslr je..
ini masa turun. scary! dah la duduk depan..
ini pulak lalu area sawah. cantik menawan. nampak juga kerbau berkubang tapi tak sempat nak snap snap.okla noks. i nak pegi siap2 nak pegi jalan2 kat sinun.. daa..
Tuesday, June 9, 2009
tampar & uli
Thursday, May 28, 2009
fakta
BANGI 27 Mei - "Ayah dan bapa saudara saya diikat dengan tali antara satu sama lain, mereka diseksa, seluruh tubuh ditetak dan ditakik-takik sebelum leher kedua-duanya disembelih.
"Semasa ditemui, mayat kedua-duanya hanya tinggal rangka dan tulang, bercampur antara satu sama lain tanpa kepala, amat jelas kesan takikan bertubi-tubi seperti sebatang pokok kayu yang ditakik-takik bagi dikeluarkan getahnya."
Demikian cerita Profesor Dr. Amat Juhari Moain, bekas Dekan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (UPM).
Beliau berkata, jenazah bapanya, Moain Saridin @ Shahidin dan Hassan Akasah yang dibunuh dengan penuh kejam tanpa perikemanusiaan oleh komunis itu kemudian dikebumikan dalam satu liang lahad di Kampung Sungai Dulang Darat, Rengit, Batu Pahat Johor.
Mengimbas kejadian menyayat hati yang berlaku pada akhir Jun 1945 tetapi masih lagi segar di ingatan seolah-olah baru berlaku semalam, Amat Juhari, 69, berkata, semasa dia dan bapanya mandi di tepi Sungai Dulang pada waktu petang, mereka didatangi beberapa penduduk yang meminta bantuan.
Menurut beliau, arwah ayahnya, seorang ketua kampung, dimaklumkan mengenai penangkapan seorang alim yang dikenali dengan nama Wak Sulaiman oleh sekumpulan komunis.
"Adalah menjadi tanggungjawab arwah ayah untuk membantu anak buahnya, lantas dia yang berselempang kain merah segera bergegas ke kawasan hutan di pinggir kampung, kawasan yang menjadi persembunyian komunis itu dengan ditemani oleh Hassan.
"Sehingga lewat tengah malam ayah, Hassan dan Wak Sulaiman masih tidak pulang dan selepas beberapa minggu, langsung tiada berita mengenai mereka bertiga, sama ada hidup atau mati.
"Pada malam yang sama terdapat seorang Cina bersenjata mundar-mandir di kawasan rumah kami, seperti tidak membenarkan kami keluar mendapatkan bantuan.
"Keadaan itu berlarutan sehingga beberapa minggu menyebabkan kami sekeluarga menjelang malam terpaksa menyorok di kawasan pokok buluh berhampiran bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beberapa minggu selepas itu apabila keadaan telah menjadi aman, penduduk kampung mula berani keluar rumah untuk mengerjakan kebun masing-masing dan ketika itulah mayat Moain dan Hassan ditemui di bahagian hutan.
Sementara itu, Amat Juhari berkata, pada akhir Mei tahun sama, sebelum kejadian itu berlaku, sekumpulan kira-kira 20 komunis yang lengkap bersenjata mengunjungi bapanya di rumah bagi mempelawa dan meyakinkan arwah supaya menyertai kumpulan haram mereka, tetapi telah ditolak.
Tambah beliau, kekejaman komunis tidak hanya terhenti di situ malah ramai lagi penduduk kampung yang berpengaruh seperti penghulu, orang alim dan pendekar dibunuh kerana enggan memberikan sokongan dan kerjasama kepada mereka.
"Saya masih ingat lagi kejadian di Kampung Sungai Tongkang berhampiran kampung kami apabila komunis menyerang rumah penghulu, mereka tembak bertubi-tubi sebelum dibakar menyebabkan kira-kira 30 orang yang berlindung di rumah berkenaan mati," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, arwah bapanya sebenarnya telah menghidu lebih awal kegiatan komunis di negara ini apabila mendapat maklumat melalui pembacaan dalam Utusan Melayu dan Utusan Zaman yang dilanggan terus daripada Singapura pada masa itu.
read hereglosari
merah = nyang hassan = arwah moyang aku aka arwah bapa kepada arwah bapa kepada ibuku.
purple = sg dulang = kampung nyang hassan
hijau = sg tongkang = kampung nyang hussin = kampung nenek aku sebelah ibuku.
*diceritakan oleh atuk saudara aku..
Sunday, May 17, 2009
Friday, May 15, 2009
so little time..
mana nak start ni..
1) aku dah lama tak visit uncle man. last, masa dia kat hosp putrajaya. dia skrang kat hosp ampang. so a bit jauh. dulu bole la pergi hari-hari.. truknya aku nih..
2) kadar keguguran rambut aku agak merisaukan. kalau masa shampu rambut, toksah cakapla. lagi truk.
3) aku dah gemukkk!! serious! sbb seluar2 kerja lama dah ketaaattt. demmzzzz..
yang lain-lain, aku update secara gambar ye. silalah jamu mata..
p/s: berapa banyak perkataan sempena daa dalam entry ni.. haishhh
who am i
here what i got:
| Your score for risk capacity is 27 |
| With a score between 22 and 29, you have a moderate capacity for risk. You might consider a balanced portfolio, spread between stocks and bonds. Aim for nearly half your portfolio in bonds, with one third of that in very short-term bonds of one to three years, a third in three to five year bonds and a third in five to 10 year bonds. Another 25 percent might go in large company U.S. stocks and 10 to 15 percent in small company stocks. The remainder should be invested overseas with a sprinkling of it in emerging markets. Professional investors estimate that a worst-case scenario for the portfolio just described is that it would be down 11 percent in a year. |
Your score for risk tolerance is 33 |
| With a tolerance of 33 to 41, you have a healthy tolerance for risk, but your capacity suggests you may need to consider a moderately risky investment strategy. You may want to consider a portfolio in which about half of the investments are in less risky investments like bonds, combined with investments in large-company U.S. stocks and international funds. |

