Wednesday, September 1, 2010

dah lama

dah lama aku tak update blog ni kan. tapi takpela. bukan ramai nak baca pon. tapi sebab aku tengah GERAMMMM!! so macam laju la menaip kan. sungguh la pagi (as early as 8am) aku dah sampai ke klinik *toot* untuk berjumpa dengan doktor, tapi sampai la ke lunchtime, nama aku tak dipanggil. DANNGGG!!! aku dah berapa kali scan nombor giliran aku tu kat scan machine tu, dan mesin tu siap berkata, wait for your turn..(samting like dat lah!) n yes, i waited n waited..sampai la ke 1.40pm (to be exact), nama aku tak kena panggil. ADUH! aku marah. siap suruh aku datang lepas pkul 2, wth! after half day aku abes dok tunggu turn, now u say datang after 2?? takpe la. kita tunggu la next appointment. saba ye shida..

on the other hand, alhamdulillah, kuih raya dijual seperti yesteryears. aku still due nak post sharina mat lani kuih raya. hmm.. jualan memberansangkan. keep it coming!

ape lagi aku nak tulis.. aha! for now, i am a nomad. seminggu di kajang, seminggu di kota dsara. uhh, travel from kota dsara to cyberjaya u pon faham la kan especially time2 puasa ni. mencabar minda! pejam celik, dah 22 ramadhan dah harini. baju raya ke ape ke persiapan raya, masih zero progress. tapi duit raya dah tukar ye uols! siap ada yang dah masuk sampul.. huhu..

cukup la aku bebel for now. banyak pula sebab rasa banyak sangat nak tulis sebab lama sangat rasanya tak update diri sendiri. takpe. later.

Salam ramadhan! (masih valid ehhh)

Sunday, July 18, 2010

Solemnization

here goes some of the pics taken by the op aka shakir


Tuesday, July 6, 2010

updates updates

18 Oktober 2009

tragedi oktober. aku disunting (awww..). the event was a small do, between families. tapi in the end, jadi ramai gak. ada la dalam 200 orang semuanya. wow! ye la.. words spread among families. bila ajak aunty A, kena ajak makcik B. pakcik C, q,w,e,r,t,y smua pon nak datang. saya ni anak sulung merangkap cucu pertama tokcik kan, so i guess semua pon happy nak meraikannya. Alhamdulillah. smua pon berjalan ok. ehhhh, mind u, I mengamuk and was about to dah pon call it off 2 days before the event, tapi sebab mami dadi pujuk untuk proceed.. lemah lutut. lagi pun, semua preparation has been done. kalau ikut aku , suruh convert jadi kenduri doa selamat je.

tu la orang kata dugaan. setan setan.. that was the biggest before we got engaged.

majlis simple. they (the families) decided the 'date' should be within 1 year. but in a separate discussion, he wanted it to be in March 2010. quick, huh?

diskas punya diskas, kitorang decided 7,8,9 may since kitorang 'couple' 10 may. so, konon2 simbolik aa.. sebab tarikh tak jauh, bulan pun sama.. bila dah bawak ke famili, nak cuti sekolah pulak dah. so postpone la ke 4,5,6 Jun (though i know BANYAK kenduri on that date), muktamad. tu la dia cerita nya. sat gi aku tempel sikit gambar sebab tak upload pon kat fb sebab dadi tak bagi! dia kata jangan nak kecoh2 pasal bertunang ni kat satu dunia.

hantarans : set up by cik ita. all fresh flowers. banyak sangat daun/hijau2 dia... tapi ok je..


so there, kami bertunang selama 7 bulan 17 hari.

familia

Sunday, July 4, 2010

melaka

hari ini, pergi klang, anak wak nazim kahwin. tak sempat tunggu pengantin sampai, kami challooo.. ye la. pengantin habaq nak mai 3pm..

and harini gak, birthday tokcik. kami ni baru dok teringat time kami pi dinner kat borak-borak. so, terus plan nak buat post-birthday la esok. hik hik. jangan maraa aaa...

i was out of town yesterday. went to melaka, anak sepupu aku nikah. syazwan nama dia. lawak aa dia ni. muka garang (polis la katakan), tapi pas nikah, nangis teresak-esak beria. mampuih aku ngan mami bantai gelak. anyway, congratulations to u wan!

on the way back to kajang, 3 of us singgah pajam, umah uncle angah. ala2 lawatan/ziarah formal lepas kahwin la. by then, it was already 6pm. and bila kami dijamu dengan kueyteow, mata masing2 menyala n makan sungguh2. by after maghrib, kami pon gerak balik.

Germany vs argentina. tengok sambil layan kopok ngan sos. terbaekkk!

i am yet to post about the events. bila kah? stay tune. tungguuu...

Friday, July 2, 2010

lemau

blog ni dah lemau dah ni. dah tahap kopok masuk angin. hangin keropok dibuatnya..

NOW, I'M BACK!!!

nak buat come back beria-iyaa pon nak ke mana? takde mana nya.. let's start with, banyak sangat happenings sepanjang ke'idle'an blog ni. I mean, SANGAAATTT!! the climax was the wedding la kan. but to get through the wedding, i tell u, penuh pancaroba.

Will update later la. now, let me just announce that i am back on track!

Friday, September 25, 2009

Wednesday, September 16, 2009

baca lagi..asik baca je

Kisah si Penjual Kuih
SEMOGA MENJADI RENUNGAN BERSAMA

Hari itu selepas seminggu beraya dikampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.

"Abang nak beli kuih?" katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.
"Tak apalah dik... Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas. Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.
"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya.
"Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut. Dia beredar, tapi cuma setakat dikaki lima. Sampai disitu, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, "Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?"

Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalng dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan dihati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya. Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar bekereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya.

"Abang dah kenyang, tapi mungkin Abang perlukan kuih saya untuk adik-adik Abang, ibu atau ayah Abang" katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya. Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul persaan kesian dihati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.

"Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu," saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya. Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.

"Kenapa bang, nak beli kuih ke?" tanyanya.
"Kenapa adik berikan duit Abang tadi pada pengemis tu? Duit tu Abang bagi adik!" kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.
"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

"Abang nak beli semua ke?" dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.
"RM25 saja bang."

Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu. Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirkannya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan. Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!

(sekadar berkongsi dan renungan bersama)