aku takut..banyak benda..
..hilang apa2 keupayaan. tak kira ape lah. bernafas ke, bangun ke, celik mata ke.
alhamdulillah, umur aku masih panjang dan semoga dikurniakan kesihatan yang berpanjangan
..akan kehilangan org yg aku sayang. aku bersyukur kerana sehingga kini, Allah masih beri kesempatan pada aku untuk meluangkan masa bersama korang2 yang aku sayang. mami dadi, untuk balas jasa mereka, aku memang tak mampu. tapi aku buat apa yang terdaya je. heart you both! adik beradik, famili, gff, kawan2. oh ye, gbi. thanks for being there.
..cicak, aku memang takut dengan muka dia. ngeri! penah skali tu, masa aku bukak pintu kereta, ada cicak kat pintu. staring at me. menjerit skuat hati masa tu! mane tak nye. dah la hardcore punya cicak, stare lagi. fuhh, jerittt!! sampai dia melompat balik masuk kereta. pastu bermula la
adegan berkata2 dgn cicak, supaya dia tak muncul masa aku drive. takut terswerve ke. na'uzubillah.
..katak..aritu, ada katak kat dapur aku. dia terperuk kat corner. bila aku amik penyapu, dia lompat. aku jerit skuat hati. aku tolak dia guna pnyapu. dia masuk dalam rumah!!! lagi la aku jerit. tuptup aku tengok mami dah sampai dapur, bertanyakan kenapa. katak rupanya.. last2 katak tu kuar, setelah dibawak berbincang. bincang? comel kan bunyik nya. memang mak aku bercakap2 dengan katak tu..fuh legaa..
..sejuk. tak kira la berada di tempat sejuk ke, aircond ke..if possible, aku akan pakai stokin. kat opis ni pon aku slalu je tutup aircond kat area aku. kalau
tido tempat yg ada aircond, aku akan off jugak tgh malam (end up org lain bpeluh2) or aku akan slowkan fan or naikkan temperature.
hahaha..penakut sejuk rupanya..kampung betul!
..tinggi? aku tak berapa takut tinggi, cuma aku takut dgn binaan bangunan.
masa aku kat atas eiffel tower tu (hamboi, contoh bukan main lagi..blagak!), aku suka sbb nampak smua benda, tapi aku takut dgn metal2 binaan dia.
takut2 kalau dia roboh masa aku ada kat nun atas tu. penah skali lagi tu aku panjat tiang kat atas kapal, tengah2 lautan kat langkawi nun.
cuba ko bayangkan aku kat atas tiang (ala2 kelasi la ni), dengan angin yang kuatnye, nak kena meniti tali ke tiang lagi satu (provided ada org belay la kan).
gugur jantung aku masa tu.. tapi syiok la.
..aku tak berapa takut air. tapi ada kala aku dok bayang2 klip2 video time tsunami tu.. menggerunkan!!..
..kena tipu dan aku tau yang aku kena tipu. baikla aku tak tau yg aku kena tipu. bukan ape. kadang2 menyakitkan hati je. ini apply to all. bukan sahaja in
relationship, malah time2 kau berada seorang diri di perantauan orang. masa tu la ko rasa ko la berdoa yang paling kuat agar takde benda bukan2 jadi kat ko.
..risk? aku rasa aku di bawah kategori risk taker la gak. kadang2 je aku tak berani. entah sebab ape aku pon tatau. mebi sbb melayu kot.
dah semakin tua ni, aku rasa semakin tak risk taker la. mebi sbb nak kan secure-ness (ade ke perkataan ni?) sampai kadang2 aku rasa nak pijak kepala sendiri sbb pikir kenapa dulu aku
bole nak tak kesah semua benda..
..tak dapat nak puaskan hati semua org. so apa boleh buat? do your very best la. d rest, leave it to Allah to decide. aku harap2 la aku tak mengecikkan hati sesapa dalam dunia ni selama2 aku hidup ni. pls dimaafian ye jika anda adalah salah seorang yg aku sakitkan hati dia. i know im not sensitif enough to care. straight forward sangat pon. aku tak berapa seni sgt, so excuse me dong..
tapi above all, aku rasa aku paling takut mati. memang semua org akan mati tapi amalan aku belum cukup. jauhhhhhh lagi. dah dah, tak perlu cerita lebih lanjut mengenai hal ini.
*ini sebenarnya aku dah type kat notepad, tapi baru nak paste arini. hahhaaa..
2 comments:
kite takut byk benda yg sama..
cuem aku xtakut cicak and katak...
tp aku plg takut..pergi sebelum cukup bekalan..and hilang keluarga tersayang..can't imagine!
Mari kita membasmi Fear Factor
Aku pun tengah takut2 berani nak join Enterprise segment ni.
Eliminate our fear factor....
Post a Comment