Friday, September 25, 2009

Wednesday, September 16, 2009

baca lagi..asik baca je

Kisah si Penjual Kuih
SEMOGA MENJADI RENUNGAN BERSAMA

Hari itu selepas seminggu beraya dikampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.

"Abang nak beli kuih?" katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.
"Tak apalah dik... Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas. Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.
"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya.
"Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut. Dia beredar, tapi cuma setakat dikaki lima. Sampai disitu, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, "Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?"

Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalng dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan dihati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya. Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar bekereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya.

"Abang dah kenyang, tapi mungkin Abang perlukan kuih saya untuk adik-adik Abang, ibu atau ayah Abang" katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya. Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul persaan kesian dihati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.

"Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu," saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya. Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.

"Kenapa bang, nak beli kuih ke?" tanyanya.
"Kenapa adik berikan duit Abang tadi pada pengemis tu? Duit tu Abang bagi adik!" kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.
"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

"Abang nak beli semua ke?" dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.
"RM25 saja bang."

Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu. Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirkannya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan. Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!

(sekadar berkongsi dan renungan bersama)

Monday, September 14, 2009

syawal says hi~

sedar tak sedar, dah 23 hari kita puasa. n tadi time borak2, ada kelig yg kata malam ke 23 (13 sept) aritu was the lailatul qadr. 1+am. aduh. aku terluka. somehow, i was awake at that time. still menguli kuih-kuih pemakan kuih semalaysia. aku sebagai seorang yang tak berapa amalnya ni, maybe tak terasa sangat, tapi aku sentiasa doakan yang baik-baik belaka untuk semua.

to date, my sale was a bit up from the last entry. harusss UP. ncecah angka 11 nokssss!! wowiee junior juice!

alhamdulillah.

Monday, September 7, 2009

sila baca dengan hati yang terbuka..

Someone sent me an email, some points to ponder.

Rasulullah says..

1) Four things that make your body sick:-
a)Excessive talking
b)Excessive sleeping
c)Excessive eating and
d)Excessive meeting/outing with people

2) Four things that destroys the body:-
a)Worrying
b)Sorrow (Sadness/Grief)
c)Hunger
d)Sleeping late at night


3) Four things that make the face looking dull and haggard:-
a)Lying
b)Being disrespectful/impudent (knowingly)
c) Baseless arguements
d)Excessive immorality (committing sins without fear)

4) Four things that make the face glow and shine:-
a) Piety
b) Loyalty
c) Generosity and kindness
d)Helpful to others without being asked

5) Four things make the Rizqi (Sustenance) stop:-
a) Sleeping till late in the morning (from Fajr to sunrise)
b) Not Performing Fardhu or Irregular in Prayers
c) Laziness/Idleness
d) Treachery/Dishonesty

6) Four things that bring/increase the Rizqi:-
a) Staying up in the night in prayers
b) Excessive Repentance
c) Regular Charity
d) Zikr (Remembrance of Allah)

renung-renungkan dan selamat beramal~~

Sunday, August 30, 2009

so long

rasa macam dah lama tidak kemaskini blog ini. takde la lama sangat. baru satu bulan lebey daa..
anyhow, a lot of happenings in between. dari segala aspek kehidupan. ada yang best, kerennnn. tidak kurang juga yang tak best sangat, dan ada juga yang suam-suam je bestnya.

fuhh, sedar tak sedar, kita dah puasa (nak masuk) 9 hari. how time flies fast. masa memang tak tunggu kita.

bulan julai dan ogos tahun ni banyak memberi rezeki pada aku. Syukur. salah satu impian hidup saya akan tercapai bulan ini. asb aku. sekarang aku tengah fikirkan alternatif yang setimpal dengannya. emas. malam tadi, semasa kami (saudara-mara) berbual mesra di iftar rumah cik jun, acu beritahu, dia mendengar desas-desus mengatakan harga emas akan naik rm200 tahun depan. jadi dia nasihatkan kami-kami yang tak berapa suka emas ni supaya mengambil peluang ini. tengok la macamana nanti.

oo ok. baru satu aspek.

projek kuih. kuih2u. alhamdulillah, sambutan seperti yang dijangkakan. lebih dari tahun-tahun lalu. jualan aku sendiri mencecah 7k, tidak termasuk ejen-ejen mami yang lain. lepas lah duit raya tahun ini.

and..aku banyak sangat tempah baju kurung terutamanya cotton. rasa macam membazir pun ada, tapi aku fikir aku akan pakai selalu nanti. maklumlah, kerja kerajaan. kadang-kadang segan pulak nak ngaku kita ni keje gomen. piap! tapi tu lah. hampir 10 pasang. eh, lebih jika termasuk yang kena repair tu. aduh. tu yang semalam, waktu ke jalan tar dengan sepupu yang lain, aku tak selera tengok baju-baju yang dijual. bukan tak cantik, tapi..aku punya lagi cantik kot. ngeee...

oh ye. selasa depan aku exam. aku terkandas aritu, jadi kena reseat. aduhh, bukak buku pun belum. arini arini..

banyak lagi. tapi aku tak berminat nak bercerita semuanya di sini. cukup untuk aku katakan aku bersyukur aku dikelilingi orang-orang yang aku sayang. itu sudah memadai. Syukran.

dah la. macam banyak je aku tulis. merapu kan. biar la.

oh ye, akmar. kalau ko baca ni, terima kasih banyak2 kerana hadiahkan aku senaskhah kitab suci. banyak berjasa di bulan puasa ni.

dan selamat menyambut kemerdekaan. aku ada bendera kat kereta aku!

*excuse me. i know i sound skema je when writing this.

Wednesday, July 15, 2009

raya raya!

welkam back raya!

promoting http://kuih2u.blogspot.com

items
kuih-kuih raya
kek-kek yg deco-nya tak la seextravaganza sangat
cupcakes! (only with butercream)

Friday, July 10, 2009

kapkek

jam sekarang menunjuukan 244am, but i stil canot sleep. last2 aku decide untuk online n tadaa..siap update blog tau uolsss..

tadi petang for d 1st time join la erobika kelas. hamboii.. berpeluh mak tau! siap nari india lagi. bukan main lagi hindustani hindusetani..
lepas dari aerobik beria bagai berpeluh-peluh sakan tu, kami beramai-ramai menyerbu 'CHILLI PEPPER'. kedai makan kepunyaan famili shikeen moslim.
situated di precint diplomatik. hari ni adalah hari opening, oleh itu, kami MAKAN FREE!!! sodap i tell u!
ada nasi ayam lazat, asam pedas yang sedap dihirup pakai straw dan ayam masak cekur. pasni, boleh la kita ramai2 buat rombongan cik kiah ke CHLLI PEPPER!
memang kawwwww semua lauk. syiok!! PROMO PROMO!!

makan beria2 punya pasal, sampai umah kol 10. dah gelabah nak buat kapkek yang jaja order. 82 semuanya. takpe. baring-baring dulu.
penat wehhh.. betis aku siap ada lebam lagi. so dalam 11pm la aku start uli-uli aidilfitri. dah la sorang2 je kat dapur tu.
parensku tiada kan..home alone. tapi...bila dah half way uli-uli tu, baru aku prasan 1 bende.
TAKDE TEPUNG GANDUM!!! demit la. camne nih weh..so kawan2, aku telah membuat magik. apedia tu? rahsia ye. tapi alhamdulillah. hasilnya sama je ngn
kapkek2 sebelum ni. pas dah bake tu, icing part la kan. so dalam 215am jugakla baru padam lampu dapur tu.
pas siap2kan diri untuk tido. tapi tu la dia. takleh tido.

tukar topik..

esok pagi2 yayang berangkat ke jakarta. wikens will be boring without iyu. pejadah! macam la penah lepak di kala wikens kan.. btw, jaga la my precious tu baik2. u know how to replace that. oh ya, hapy enjoying la. biaq peghabis duit tu..hang dulu habaq nak soping abes kat bandung. bak mai tengok!

esok jugak aku kena deliver kapkek kat umah jaja 7am, sbb aku kena gerak ke shah alam by 730am. ada miting sana.
esok jugak aku nak swimming!! dah lama cuti swimming..camne nak slimming.. (rhyme kan..alallalala...)
esok jugak ada bbq kat umah toottt! (identiti dirahsiakan, kerana sudah diwarning awal-awal)

sabtu ni adat konvo. excited! excited nak tengok adat marching dengan semangat nya. PLATUN TERBAIK ok kawan aku tu. NOOR SHUHADA HUSIN, TAHNIAH!!!
sabtu jugak kena cuci umah. penat lagi! i demand SUPERBB DINNER!!

n on top of all, tadi petang, aku dpt sms dari seseorang. bawak berita yang SUPER DUPER RINGGIII!!! kenapa ringgiii? kerana ia berkaitan RM ok.

so overalnya, minggu ni memang minggu yang meng'excite'kan aku.. alhamdulillah for all these. syukur. syukran.

garnier, take care.

Thursday, July 9, 2009

cimbclicks improve ok!

cimbclicks skarang dah sangat maju. maju maju maju segera majuuu...
aku syiok guna cimbclicks dah sekarang.

tac pon dapat cepat...
nama akaun pon bole tuka2 (cuba lihat gambar dibawah)

cimbclicks dah mula memvariasi kan servis dia.. i likeee!!!!

so lepas ni i can start to use cimbclicks via mymobile la. lebih meyakinkan!

jangan risau m2u, era anda belum tamat lagi.. i will still use m2u eh.

Tuesday, June 30, 2009

Hand Sanitizers vs. Soap and Water

hari tu, i boleh dikatakan full-time lah guna hand sanitizer dettol masa kat vietnam. even though tangan akan rasa refresh sebab sejuk-sejuk (ada alcohol kan) but still, i rasa perasaan tangan i tebaallllll sbb melekat la si debu, kotoran dan rakan-rakan bakteria tu. sebenanya memang tak silap langkah la i membeli hand sanitizer dettol kat tesco tempoh hari. ye la, i tengok si nana tu 24/7 pakai mende alah tu. macam terhibur..

so since i have the time to google la info on hand sanitizer ni..

meh la kita ctrl+c and ctrl+v dulu. nanti baru la baca..

Antibacterial hand sanitizers are marketed to the public as an effective way to "wash one's hands" when traditional soap and water are not available. These "waterless" products are particularly popular with parents of small children. Manufacturers of hand sanitizers claim that the sanitizers kill 99.9 percent of germs. Since you naturally use hand sanitizers to cleanse your hands, the assumption is that 99.9 percent of harmful germs are killed by the sanitizers. Recent research suggests that this is not the case.

How do hand sanitizers work?

Hand sanitizers work by stripping away the outer layer of oil on the skin. This usually prevents bacteria present in the body from coming to the surface of the hand. However, these bacteria that are normally present in the body are generally not the kinds of bacteria that will make us sick. In a review of the research, Barbara Almanza, an associate professor at Purdue University who teaches safe sanitation practices to workers, came to an interesting conclusion. She notes that the research shows that hand sanitizers do not significantly reduce the number of bacteria on the hand and in some cases may potentially increase the amount of bacteria on the hand. So the question arises, how can the manufacturers make the 99.9 percent claim?

How can the manufacturers make the 99.9 percent claim?

The manufacturers of the products test the products on inanimate surfaces hence they are able to derive the claims of 99.9 percent of bacteria killed. If the products were fully tested on hands, there would no doubt be different results. Since there is inherent complexity in the human hand, testing hands would definitely be more difficult. Using surfaces with controlled variables is an easier way to obtain some type of consistency in the results. But as we are all aware, everyday life is not as consistent.

Interestingly enough, the Food and Drug Administration, in regards to regulations concerning proper procedures for food services, recommends that hand sanitizers not be used in place of soap and water but only as an adjunct.

Likewise, Almanza recommends that to properly sanitize the hands, soap and water should be used. A hand sanitizer can not and should not take the place of proper cleansing procedures with soap and water.

Monday, June 29, 2009

london

aku gelabah. mami kejutkan sbb dia kata flight aku lagi 4 jam. eh, rupa-rupanya aku ada beli tiket pergi-balik london air asia (RM600) for about 10 days n naahh, tarikhnya dah tiba. my trip was supposed to be dengan gerek n maziah (kelig opis baru ni). sesampai je aku kat klia, aku sampai paling awal, lebih kurang 1030am n check in macam biasa la. oh ye, my flight pukul 1pm. takpe. sambil2 tunggu bdak2 lain, aku pon jalan2 sekitar klia. not long after dat, maziah sampai n check in. hah, dia pakai baju kurung la pulak.. takpe takpe. aku kagum.. tup tup, time dah 12pm. gerek tak sampai2. so aku dengan tak sabarnya nak pegi london ni, terus g imigresen watsoever tu. maziah still tunggu gerek kat luar. 1230pm, maziah call, gerek baru sampai. so maziah teman gerek check in blabla. tup tup, maziah call lagi. dia kata gerek terlalu lambat untuk check in, so gerek tak follow n maziah terus g imigresen n all. so kami pon berada di awangan, untuk ke london ni. sesampai je kat london, tengah summer, tak bape sejuk n sesuai la si maziah tu pakai baju kurung. taxi sudah menunggu nak bawak kami ke b&b yg telah diaturkan (aku pon tatau sapa aturkan). borak punya borak, rupanya taxi driver tu malaysian, so dia bawak la kitorang g minum teh tarik free. masa borak tu, yang paling mengagumkan is, aku lupa mintak cuti ok. haah, cuti yg 10 hari tu! gila ah! sure bos aku marah tahap cipan. dah la baru2 ni cuti gi vietnam, pastu trus pulak ke london. abes, abes aku. so aku pon pening2 pikir ayat nak sms bos aku. tengah karang-karang idea tu...

.
..
...
....
danggg! aku terjaga dari mimpi... 630 pagi. bangun subuh! bangun cepat! dah la kena isi minyak dulu.


mimpi rupanya. tu la, bila pikir2 balik, tak logik:
1. aku tak sedar tarikh aku gi london. london tu..tak logik tak logik
2. naik air asia, tapi kat klia
3. maziah pakai baju kurung
4. gerek lambat sampai. gerek, kita nak gi london ni!! mana boleh lambat!
5. maziah boleh lengah2 gi imigresen.
6. sapa pulak book kan b&b? muskilll
7. taxi driver belanja teh tarik kat london?? baik hati nya...
8. aku lupa mintak cuti 10 hari?? ohh emmm jiii (spelling of OMG)
9. gelabah takut bos marah (perlu ke gelabah?)

eh eh.. aku memang rasa nak pegi london lagi. tapi fulusnya tak brapa cukup. takpela. target pegi umrah dulu ye..

Thursday, June 18, 2009

aku takut..

aku takut..banyak benda..

..hilang apa2 keupayaan. tak kira ape lah. bernafas ke, bangun ke, celik mata ke.
alhamdulillah, umur aku masih panjang dan semoga dikurniakan kesihatan yang berpanjangan

..akan kehilangan org yg aku sayang. aku bersyukur kerana sehingga kini, Allah masih beri kesempatan pada aku untuk meluangkan masa bersama korang2 yang aku sayang. mami dadi, untuk balas jasa mereka, aku memang tak mampu. tapi aku buat apa yang terdaya je. heart you both! adik beradik, famili, gff, kawan2. oh ye, gbi. thanks for being there.


..cicak, aku memang takut dengan muka dia. ngeri! penah skali tu, masa aku bukak pintu kereta, ada cicak kat pintu. staring at me. menjerit skuat hati masa tu! mane tak nye. dah la hardcore punya cicak, stare lagi. fuhh, jerittt!! sampai dia melompat balik masuk kereta. pastu bermula la
adegan berkata2 dgn cicak, supaya dia tak muncul masa aku drive. takut terswerve ke. na'uzubillah.

..katak..aritu, ada katak kat dapur aku. dia terperuk kat corner. bila aku amik penyapu, dia lompat. aku jerit skuat hati. aku tolak dia guna pnyapu. dia masuk dalam rumah!!! lagi la aku jerit. tuptup aku tengok mami dah sampai dapur, bertanyakan kenapa. katak rupanya.. last2 katak tu kuar, setelah dibawak berbincang. bincang? comel kan bunyik nya. memang mak aku bercakap2 dengan katak tu..fuh legaa..

..sejuk. tak kira la berada di tempat sejuk ke, aircond ke..if possible, aku akan pakai stokin. kat opis ni pon aku slalu je tutup aircond kat area aku. kalau
tido tempat yg ada aircond, aku akan off jugak tgh malam (end up org lain bpeluh2) or aku akan slowkan fan or naikkan temperature.
hahaha..penakut sejuk rupanya..kampung betul!

..tinggi? aku tak berapa takut tinggi, cuma aku takut dgn binaan bangunan.
masa aku kat atas eiffel tower tu (hamboi, contoh bukan main lagi..blagak!), aku suka sbb nampak smua benda, tapi aku takut dgn metal2 binaan dia.
takut2 kalau dia roboh masa aku ada kat nun atas tu. penah skali lagi tu aku panjat tiang kat atas kapal, tengah2 lautan kat langkawi nun.
cuba ko bayangkan aku kat atas tiang (ala2 kelasi la ni), dengan angin yang kuatnye, nak kena meniti tali ke tiang lagi satu (provided ada org belay la kan).
gugur jantung aku masa tu.. tapi syiok la.

..aku tak berapa takut air. tapi ada kala aku dok bayang2 klip2 video time tsunami tu.. menggerunkan!!..

..kena tipu dan aku tau yang aku kena tipu. baikla aku tak tau yg aku kena tipu. bukan ape. kadang2 menyakitkan hati je. ini apply to all. bukan sahaja in
relationship, malah time2 kau berada seorang diri di perantauan orang. masa tu la ko rasa ko la berdoa yang paling kuat agar takde benda bukan2 jadi kat ko.

..risk? aku rasa aku di bawah kategori risk taker la gak. kadang2 je aku tak berani. entah sebab ape aku pon tatau. mebi sbb melayu kot.
dah semakin tua ni, aku rasa semakin tak risk taker la. mebi sbb nak kan secure-ness (ade ke perkataan ni?) sampai kadang2 aku rasa nak pijak kepala sendiri sbb pikir kenapa dulu aku
bole nak tak kesah semua benda..

..tak dapat nak puaskan hati semua org. so apa boleh buat? do your very best la. d rest, leave it to Allah to decide. aku harap2 la aku tak mengecikkan hati sesapa dalam dunia ni selama2 aku hidup ni. pls dimaafian ye jika anda adalah salah seorang yg aku sakitkan hati dia. i know im not sensitif enough to care. straight forward sangat pon. aku tak berapa seni sgt, so excuse me dong..

tapi above all, aku rasa aku paling takut mati. memang semua org akan mati tapi amalan aku belum cukup. jauhhhhhh lagi. dah dah, tak perlu cerita lebih lanjut mengenai hal ini.

*ini sebenarnya aku dah type kat notepad, tapi baru nak paste arini. hahhaaa..

Wednesday, June 10, 2009

udang kering

skrang 525pm, n aku baru balik dari keningau. hari ni lawatan ke kilang plywood. berkaton-katon kayu balak di keliling aku tadi. pening. it took about 2 hours drive from kk to get to keningau. n jalan yg kitorang lalu tadi memang scary. lalu kimanis & papar. melalui banjaran crocker. ingat lagi tak kawan2 yg kita belajar geografi dulu.

after dah setel di kilang itu, kami makan n gerak dlm 2pm. so by 4pm dah sampai kk balik. penaatt! tapi lepas baca stoodle, aku kembali cargassss.. thanks stoodle for this!

urbanscapes! here i come!!


here are few picass yg aku sempat ambil sepanjang perjalanan tadi. panorama! rasa macam nak beli dslr je..

ni masa naik bukit/gunung/ banjaran tu..

ini masa turun. scary! dah la duduk depan..

ini pulak lalu area sawah. cantik menawan. nampak juga kerbau berkubang tapi tak sempat nak snap snap.

balik ke kk, bos aku pei beli udang kering sbb dia dah nak balik kl petang ni. tu yg topik aku ala2 udang kering..

okla noks. i nak pegi siap2 nak pegi jalan2 kat sinun.. daa..


Tuesday, June 9, 2009

tampar & uli

being in kk for 1 week, ini antara climate climax trip ini. tamparuli!

marsya sekolah sini ke?




esok aku post gambar gi keningau ye. sorila, aku agak 'jakun'. tak penah pegi sabah la katakan.. (buat malu je..)

aku tag as vacation, aci?

Thursday, May 28, 2009

fakta

BANGI 27 Mei - "Ayah dan bapa saudara saya diikat dengan tali antara satu sama lain, mereka diseksa, seluruh tubuh ditetak dan ditakik-takik sebelum leher kedua-duanya disembelih.

"Semasa ditemui, mayat kedua-duanya hanya tinggal rangka dan tulang, bercampur antara satu sama lain tanpa kepala, amat jelas kesan takikan bertubi-tubi seperti sebatang pokok kayu yang ditakik-takik bagi dikeluarkan getahnya."

Demikian cerita Profesor Dr. Amat Juhari Moain, bekas Dekan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (UPM).

Beliau berkata, jenazah bapanya, Moain Saridin @ Shahidin dan Hassan Akasah yang dibunuh dengan penuh kejam tanpa perikemanusiaan oleh komunis itu kemudian dikebumikan dalam satu liang lahad di Kampung Sungai Dulang Darat, Rengit, Batu Pahat Johor.

Mengimbas kejadian menyayat hati yang berlaku pada akhir Jun 1945 tetapi masih lagi segar di ingatan seolah-olah baru berlaku semalam, Amat Juhari, 69, berkata, semasa dia dan bapanya mandi di tepi Sungai Dulang pada waktu petang, mereka didatangi beberapa penduduk yang meminta bantuan.

Menurut beliau, arwah ayahnya, seorang ketua kampung, dimaklumkan mengenai penangkapan seorang alim yang dikenali dengan nama Wak Sulaiman oleh sekumpulan komunis.

"Adalah menjadi tanggungjawab arwah ayah untuk membantu anak buahnya, lantas dia yang berselempang kain merah segera bergegas ke kawasan hutan di pinggir kampung, kawasan yang menjadi persembunyian komunis itu dengan ditemani oleh Hassan.

"Sehingga lewat tengah malam ayah, Hassan dan Wak Sulaiman masih tidak pulang dan selepas beberapa minggu, langsung tiada berita mengenai mereka bertiga, sama ada hidup atau mati.

"Pada malam yang sama terdapat seorang Cina bersenjata mundar-mandir di kawasan rumah kami, seperti tidak membenarkan kami keluar mendapatkan bantuan.

"Keadaan itu berlarutan sehingga beberapa minggu menyebabkan kami sekeluarga menjelang malam terpaksa menyorok di kawasan pokok buluh berhampiran bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beberapa minggu selepas itu apabila keadaan telah menjadi aman, penduduk kampung mula berani keluar rumah untuk mengerjakan kebun masing-masing dan ketika itulah mayat Moain dan Hassan ditemui di bahagian hutan.

Sementara itu, Amat Juhari berkata, pada akhir Mei tahun sama, sebelum kejadian itu berlaku, sekumpulan kira-kira 20 komunis yang lengkap bersenjata mengunjungi bapanya di rumah bagi mempelawa dan meyakinkan arwah supaya menyertai kumpulan haram mereka, tetapi telah ditolak.

Tambah beliau, kekejaman komunis tidak hanya terhenti di situ malah ramai lagi penduduk kampung yang berpengaruh seperti penghulu, orang alim dan pendekar dibunuh kerana enggan memberikan sokongan dan kerjasama kepada mereka.

"Saya masih ingat lagi kejadian di Kampung Sungai Tongkang berhampiran kampung kami apabila komunis menyerang rumah penghulu, mereka tembak bertubi-tubi sebelum dibakar menyebabkan kira-kira 30 orang yang berlindung di rumah berkenaan mati," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, arwah bapanya sebenarnya telah menghidu lebih awal kegiatan komunis di negara ini apabila mendapat maklumat melalui pembacaan dalam Utusan Melayu dan Utusan Zaman yang dilanggan terus daripada Singapura pada masa itu.

read here

glosari
merah = nyang hassan = arwah moyang aku aka arwah bapa kepada arwah bapa kepada ibuku.
purple = sg dulang = kampung nyang hassan
hijau = sg tongkang = kampung nyang hussin = kampung nenek aku sebelah ibuku.
*diceritakan oleh atuk saudara aku..

Sunday, May 17, 2009

Sg petani

now kat sg petani. until next week.. huuwarggghhh!!

Friday, May 15, 2009

so little time..

..to update belog ni. haishhh..

mana nak start ni..

1) aku dah lama tak visit uncle man. last, masa dia kat hosp putrajaya. dia skrang kat hosp ampang. so a bit jauh. dulu bole la pergi hari-hari.. truknya aku nih..

2) kadar keguguran rambut aku agak merisaukan. kalau masa shampu rambut, toksah cakapla. lagi truk.

3) aku dah gemukkk!! serious! sbb seluar2 kerja lama dah ketaaattt. demmzzzz..

yang lain-lain, aku update secara gambar ye. silalah jamu mata..

aku rinduuu sangat kat bdak 2 orang ni. derang la penyeri majlis masa aku g bandung/jakarta aritu. ehh, lupa..mereka ini anak-anak yati anuar ye.

ini adalah hasil tangkapan aku kat bandung. kat jakarta, hanya transit for about 2 hours kot..


ini cupcake yang colliene order. untuk ibunya sempena ngn mothers day. hope u like them, colle!

and ini adalah order from cik ninie. utk ocassion apetah aku tak ingat. tapi for abang dia la. order lagi ye cik ninie.. and thanks for the compliment.

so far, itu je la yg aku mampu nak update sekarang. later2 kita sambung bual-bual satu hala lagi. oh ha, jgn lupa tiket hunting bersempena 1,000,000 free seats air asia!

p/s: berapa banyak perkataan sempena daa dalam entry ni.. haishhh

who am i

i took Risk Tolerance Quiz this morning. nak tengok aku ni kategori mane...

here what i got:

Your score for risk capacity is 27
With a score between 22 and 29, you have a moderate capacity for risk. You might consider a balanced portfolio, spread between stocks and bonds. Aim for nearly half your portfolio in bonds, with one third of that in very short-term bonds of one to three years, a third in three to five year bonds and a third in five to 10 year bonds. Another 25 percent might go in large company U.S. stocks and 10 to 15 percent in small company stocks. The remainder should be invested overseas with a sprinkling of it in emerging markets. Professional investors estimate that a worst-case scenario for the portfolio just described is that it would be down 11 percent in a year.

Your score for risk tolerance is 33
With a tolerance of 33 to 41, you have a healthy tolerance for risk, but your capacity suggests you may need to consider a moderately risky investment strategy. You may want to consider a portfolio in which about half of the investments are in less risky investments like bonds, combined with investments in large-company U.S. stocks and international funds.



Thursday, May 7, 2009

makcik kayooo!!

alhamdulillah. ni memang dari langit. langit maybank.
im 1k richer today! ada org tt online to my maybank.

anyone? sapa yang baik hati sgt ni??

Sunday, April 26, 2009

sabtu yang..

pagi2 dah g pasar tani, carik ikan haruan. terjumpa salmi dan ibunya di sana.
then, tunggu mims to fetch.

we went to ampang to watch this..


and saw this kenit girl
asking for dukung


ayuh, difotoin dulu ya nina..

bersama ibunya nina yang preggie 7bulan. montel ya kamu, na!

cheekynya ko nina!!! rasa mcm nak tampar, bole?

IP team went through to final, but kalah penalti. i hate penalti. it's kinda unfair finishing kan. tapi tengahari tu, kami sempat ke klcc untuk ip convention. hari yg sangat panas ok!
tiba di rumah 630pm macam tu. trus ke pasar malam.

sabtu yang boleh tahan seronok!


bbq ciken

aritu, when i visited TOC petaling jaya, i had lunch wit d girls. tempat biasa! sambil menyelam, telan la air, ye tak? oh, ada 2 guys tsesat skali.

babes, thanks for organizing such thing. muahmuahh!

Wednesday, April 22, 2009

selamat rabu!

Do not do unto others what you do not want others to do unto you. -Confucius

Tuesday, April 21, 2009

my wish come true!!

yabedabedu!! thank you maybank! now you can topup your ASB investment via m2u. read here.

before this, you can pay your asb repayment loan via m2u.

dah lama aku impikan mende ni. macam la byk duit kan.. takpe. at least, aku dah tak payah go through hussle (dibetulkan oleh ninie) hassle untuk ke bank.

mudah! ayuh melabur!

Friday, April 17, 2009

dinna geraldine is now a mummy!

tadi petang duan call. berita gembira! dinna dah selamat melahirkan anak lelaki. now she's in sunway hospital. selepas tadi juga, i couldnt help myself, but to call dinna to congratulate her. tahniah beb! baru je beberapa hari lepas ko call aku for gossips..auuwww...

*will update baby pics (if parens dia bagi la kan..) later

im excited! (aku pulak over ni..)

ada sesapa yg nak organize kenduri aqiqah?

Sunday, April 12, 2009

love you!

dear mami n dadi, happy 29th annivesary!!!

sekarang saya berada di sdmc. esok aku cuti. esok mami akan dibedah. mari kita sama-sama doakan kesihatan mami. amiiin.

Tuesday, March 31, 2009

happy birthday ninie!

semalam birthday ninie. 1 of our friends 'organized' a small gath, ole ole bali, pyramid. i sempat suruh mimi@stoodle print out birthday card stoodle-edition. thanks mims!! even order last minute pon, u still accept. thanks! korang memang rock lah!

to place order or sewaktu dengannya, visit STOODLE (promosi promosi!)

Wednesday, March 25, 2009

yezza! im back!

we were on a famili trip. yeah..I count it as famili outing la even with the fact dat we,d sibilings joined dad's golf trip with his dudes. yela,dis is d 1st time he 'exposes us' to his golf sesion. but anyhow, after hanging around wit them for about 3 to 5 days, they were super cool!!
thanks to air asia for their afordable tix. (did I mention round d globe?tehehee). jaja,this time,I detailed down everything!thanks to tev! all in all, enjoy la!

19mar
h2315 flight to perth

20mar
h0600 arrive perth, 2575miles away from KL, temp 14C
h0800 mami and pak haji yon (our local guide) pick us up@ 8am, to marangaroo (umah yang kami tinggal)
h0930 carboot sale nearby
h1045 coles mall,centro galeria
h1500 lunch@banana leaf
h1830 out to kings park,city at night, curtin uni
h2030 dinner @ makan2 café. sup ekor+rice,the tarik
h2200 home


21mar

h0820 gerak
h0930 ferry to fremantle
h1120 fremantle port, shop souvenirs
h1220 gerak
h1230 fremantle market
h1340 gerak for lunch, fish n chips
h1500 gerak, sheep factory
h1600 solat @ perth mosque
h1645 teh tarik@d malaysia
h1800 home. dinner masak sardin


22mar
more pics here

h0900 out to caversham
h0920 caversham. entrance fee aud22 per person (part ni jumpa kangaroo, koala dan rakan2)
h1130 gerak
h1200 the margaret river choc factory. bought tonnes of choc. then to cheese factory & nougat factory
h1245 gerak-lunch@kwinana (rumah bro joe. dia dah dok kat perth for more than 10 yrs)
h1500 grak. visit ar-rukun mosque, rockingham beach
h1645 perth city. naik local bus. perth cat red
h1715 city ctr. round2
h1800 bus stopped @royal perth hospital
h1900 makan @victoria st., bistari int. foodhall
h2030 home


23mar
h1000 grak fr house.to joondalup lakeside (shopping mall) - bought cupcake stuffs a bit..
h1445 to al-majid mosque
h1530 grak to harbour town
h1600 harbour town (ala2 factory outlet gitu).
h1730 grak to beli dog swamp market,beli buah-buahan
h1830 home.
h2115 to souvenir factory (owns by a chinese sporean. very frenly one..)
h2315 home


24mar

h0330 bangun!
h0430 grak
h0500 airport
h0705 flight gerak balik tanahair

Monday, March 23, 2009

ostraliii

im now in perth! cuit-cuti sama kuarga.

Tuesday, March 17, 2009

winter sonata

ada sorang kawan aku ni, si Y, mau honeymoon. di korea. jangkaan tarikh bertolak adalah dalam minggu ni la. lantas, aku pon sms seorang kawan aku, si X, bertanyakan apa yg bes kat korea. yela, aku tak pernah pergi ke korea kan.. jawapan sms itu mengatakan boosch. hey, itu kan brooch, sengal. at the same time, aku sms Y, kerana mau pesan boosch. tapi sms itu undelivered. so barangkali Y sekarang sedang nyenyak dibuai mimpi dlm flight sambil memeluk sekarang boleh la panggil suami. syiok ah lu.. so kerana lambat, aku sms X, xde makna. dia dah g korea dah pon.. X reply mengatakan mau belikan aku tiket ke korea utk beli brooch sambil jumpa hero-hero drama bersiri korea. 'sila claim tiket anda di www.pergilasorangsorang.com'

.
.
.
.
.

ini hasil dia


aku hampa. harapan aku nak ke korea berkecai. X, thanks anyway kerana melayan emo aku kerana tak dapat beli boosch itu.

ini entry mengarut, tapi itulah hakikatnya..

oh ye, stylusku hilang!! tapi ahad aritu dah emo about it..


Saturday, March 14, 2009

dianiaya..

im back! ini semua kerana kabel internet or dslam or watever you may call tak perform spt yg sepatutnya..im not connected to world wide web selama beberapa hari kecuali kat opis. semalam, i read utusan di rumah tokcik, n read an article or soalan about samone being cross guarantor. izinkan saya menampal petikan dari utusan itu.

Dianiaya rakan sebagai penjamin

SOALAN:

Saya ada membuat pinjaman peribadi secara cross guarantor dengan sebuah bank bersama seorang kawan kira-kira 13 tahun lalu. Pinjaman saya secara potongan gaji selesai dalam tempoh yang ditetapkan. Sahabat berkenaan hanya membayar tiga kali sahaja sebelum berhenti kerja dan ghaib sehingga kini.

Kes ini kemudian dibawa ke mahkamah. Saya terpaksa mengadap hakim tanpa kehadiran peminjam. Beberapa tahun lalu, pihak bank mencadangkan saya membuat pinjaman untuk menyelesaikan hutang tertunggak berkenaan ataupun memotong gaji saya setiap bulan.

Cadangan itu tidak dapat dilaksanakan kerana bajet saya tidak mengizinkan. Saya faham, mengikut hukum syarak saya perlu bertanggungjawab untuk menyelesaikan tunggakan pinjaman tersebut yang berjumlah hampir RM10,000.

Nama saya telah disenaraihitamkan hampir tujuh tahun hingga kini.

Baru-baru ini, saya membuat pinjaman dengan bank berkenaan sekali gus menyelesaikan hutang tertunggak tersebut. Tanggungjawab saya selesai. Nama saya dan kawan bermasalah itu kini bersih.

Mengikut adat, kawan saya itu kini berhutang dengan saya. Apa pandangan ustaz mengenai kes ini secara umum?

JAWAPAN:

Ya, secara umumnya masalah yang saudara hadapi ialah cabaran hidup, kesabaran dalam berkawan, ketabahan dalam menghadapi muflis dan sebagainya yang saya fakir pasti telah mengganggu keharmonian perjalanan kehidupan saudara.

Namun, insiden ini pasti akan mematangkan lagi saudara dalam melalui kehidupan seharian supaya lebih berhati-hati dalam menghulurkan bantuan kepada orang lain. Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud: Seorang mukmin tidak akan memasuki lubang biawak padang pasir kali kedua. (riwayat Muslim, kitab: al-Zuhd wa Raqaiq, no:5317). Dalam riwayat yang lain bermaksud: "Seorang mukmin tidak digigit ular dua kali dari satu lubang".

Maksud hadis ini Rasulullah berpesan bahawa seorang mukmin tidak akan tertipu bagi kali yang kedua. Kalau masih tertipu maksudnya orang itu tidak sempurna imannya. Dalam kaedah fiqh ada menyebut bahawa seseorang itu tidak akan mengundang suatu yang mudarat dan tidak mendedahkan diri kepada kemudaratan. Cukuplah apa yang saudara alami, jangan sampai tertipu bagi kali yang berikutnya.

Betullah tindakan saudara membuat pinjaman untuk melangsaikan hutang tersebut. Kawan saudara yang berhutang itu harus bertanggungjawab, dalam Islam perbuatan dia haram, kerana mengkhianati persahabatan dan menghumban kawan dalam masalah dan dia melepaskan diri dari masalah tersebut.

Perbuatan saudara melangsaikan hutang itu bermaksud saudara membayar duit kawan sebagai menunaikan tanggungjawab dan arahan kontrak akad. Saudara sanggup menjamin kawan kerana percaya bahawa dia akan melangsaikannya dan tidak akan mendatangkan masalah dan bebanan kepada saudara. Tetapi bak kata pepatah "seperti melepaskan anjing yang tersepit".

Biarpun saudara telah melangsaikan hutang yang dituntut oleh pihak bank kepada saudara selaku penjamin, kini kawan saudara berhutang dengan saudara. Mungkin dari sudut Islam ada perbahasan dari kalangan ulama.

Namun demikian, dari sudut akhlak dia tetap salah dan berdosa. Selagi mana dia tidak meminta halal dan memohon kemaafan dia tetap bersalah.

SOALAN 2

Sekiranya beliau gagal menjelaskan hutang ini, apa tindakan yang perlu saya buat?

JAWAPAN:

Dari sudut undang-undang saya kurang pasti, tetapi peruntukkan penjamin jelas bahawa pinjaman yang dibuat oleh kawan saudara itu adalah tanggungjawab bersama dari sudut undang-undang.

Sekiranya saudara tahu tempat tinggalnya, saudara berjumpa dan meminta dia melangsaikan hutang dia kepada saudara. Namun ada satu lagi pilihan iaitu saudara halalkan hutang tersebut.

SOALAN 3

Jika saya tidak menghalalkannya di dunia dan akhirat, apakah saya dikira berdosa?

JAWAPAN:

Saudara tidak berdosa kerana telah dianiaya oleh rakan sendiri atau dizalimi. Namun sekiranya saudara ingin memaafkan atau bersikap reda atas segala yang berlaku itu adalah lebih baik.

SOALAN 4

Adakah ini semua takdir atau ujian atau kaffarah yang ditentukan kepada saya?

JAWAPAN:

Sesungguhnya setiap apa jua masalah yang berlaku ia adalah merupakan ujian atau dugaan yang ditimpakan oleh Allah kepada hambanya di dunia seperti mana dalam firman Allah SWT: Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali". (al-Baqarah : 155).

Apa yang berlaku dalam kehidupan kita adalah takdir daripada Allah. Dalam masalah saudara Allah uji saudara dengan harta dan kawan.

SOALAN 5

Berdosakah saya (dahulu) memaki hamun kawan berkenaan di atas perbuatannya?

JAWAPAN:

Sebagai seorang manusia biasa marah itu suatu yang biasa. Tiada seorang pun yang tiada perasaan marah, cuma marah ini mesti bertempat, tidak boleh sembarang marah. Kalau ditanya yang mana baik marah atau sabar? Pastilah jawapannya sabar, kerana orang yang bersabar atas dugaan lebih baik dari orang yang tidak bersabar.

Saya faham keadaan saudara yang cukup terhimpit dalam hutang. Nasihat saya beristighfar dan mohonlah keampunan dari Allah SWT atas keterlanjuran lisan saudara.

SOALAN 6

Berdosakah saya menceritakan masalah ini dan sikap sahabat ini kepada kawan-kawan yang lain?

JAWAPAN:

Tidak salah saudara bercerita dengan kawan-kawan lain sebagai satu pengalaman. Ini supaya yang lain lebih berhati-hati sama ada dalam masalah menjamin atau individu yang melarikan diri dari tanggungjawab dengan mengenakan kawan yang menjamin.


*petikan adalah dari UTUSAN MALAYSIA

Thursday, March 12, 2009

no specific title


had dinner with anom. had good conversation. ye la, tak berborak panjang since dia balik from umrah. aritu dah do lunch dgn other girls, farah, ina n izati kat bbq chicken. itu memang tempat makan rasmi kami la kot. teehehehe...

Wednesday, March 11, 2009

2009 handbook

Got this from enun...

Health:
1. Drink plenty of water.
2. Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like a beggar.
3. Eat more foods that grow on trees and plants and eat less food that is manufactured in plants.
4. Live with the 3 E's -- Energy, Enthusiasm, and Empathy.
5. Make time for prayer.
6. Play more games.
7. Read more books than you did in 2008.
8. Sit in silence for at least 10 minutes each day.
9. Sleep for 7 hours.
10. Take a 10-30 minutes walk every day. And while you walk, smile.

Personality:
11. Don't compare your life to others'. You have no idea what their journey is all about.
12. Don't have negative thoughts or things you cannot control.
Instead invest your energy in the positive present moment.
13. Don't over do. Keep your limits.
14. Don't take yourself so seriously. No one else does.
15. Don't waste your precious energy on gossip.
16. Dream more while you are awake.
17. Envy is a waste of time. You already have all you need.
18. Forget issues of the past. Don't remind your partner with his/her mistakes of the past. That will ruin your present happiness.
19. Life is too short to waste time hating anyone. Don't hate others.
20. Make peace with your past so it won't spoil the present.
21. No one is in charge of your happiness except you.
22. Realize that life is a school and you are here to learn. Problems are simply part of the curriculum that appear and fade away like algebra class but the lessons you learn will last a lifetime.
23. Smile and laugh more.
24. You don't have to win every argument. Agree to disagree.

Society:
25. Call your family often.
26. Each day give something good to others.
27. Forgive everyone for everything.
28. Spend time with people over the age of 70 & under the age of 6.
29. Try to make at least three people smile each day.
30. What other people think of you is none of your business.
31. Your job won't take care of you when you are sick. Your family and friends will. Stay in touch.
Life:
32. Do the right thing!
33. Get rid of anything that isn't useful, beautiful or joyful.
34. GOD heals everything.
35. However good or bad a situation is, it will change.
36. No matter how you feel, get up, dress up and show up.
37. The best is yet to come.
38. When you awake alive in the morning, thank GOD for it.
39. Your Inner most is always happy. So, be happy.

Last but not the least:
40. Please Forward this to everyone you care about.

Wednesday, March 4, 2009

two wrongs can make no right

aku tido lewat malam tadi. nearly 1am. tapi seawal 520am, dah bangun. hantar dadi gi airport. flight dia pukul 730am. kesimpulannya sekarang, aku masih ngantuk di opis. padahal esok exam. tapi tak abes baca nota lagi. malam tadi, alkisah stadi, tapi depan tv. muka aku pon dah melekat kat notes yang ada tu sebab ngantuk sgt tatkala membaca ni. syaitooonnnn betul. plis, jgn bertenggek kat mata aku, plis. aku perlu stadi ni.. aku taknak stay up lama2 malam ni.

esok, aku kena pegi bspj, untuk sign documents. aritu kata takyah. semalam kata kena pulak. dah la borang aku pulangkan hartabenda tm tu hilang! dah kena sign balik. patut la gaji nov & dec still kena tahan. syahduu...

esok jugak nak pegi oub bank, nak baya maintenance umah. yeay! semalam berita gembira! my tenants nak continue menyewa for another year! so, takyah pikir part tu dah.

esok jugak nak pegi bank rakyat. nak setelkan pasal tolak gaji. ye..aku ada personal loan. hutang..hutang.. bila nak kaya ni..

ish, okla. dah la esok nak exam, ada hati lagi nak post kat sini. aparaaa!

p/s: kalau nak tanya ape kait ngait tajuk post n isinya, ia adalah petikan dari lagu yg aku dengar pagi tadi..

Sunday, March 1, 2009

saya suka tengok gambar dolu-dolu..

2 hari lepas, saya pergi menonton m.nasir di ib. walllawwwweeeii.. serious superb, energetic!! saya siap nyanyi seiring dgn sifu (of kos dgn d rest of audience). siap jumpa aidajeng lagi.


[gambar besar] darjah 4 (kat taman rama2 penang)
[gambar kecil (top)]umur beberapa bulan (debab kann)
[gambar kecil (tengah)] umur 5 tahun
[gambar kecil (bottom)] darjah 1. style! ada fringe gitu..



ni ada satu lagi. masa ni umur saya 5 tahun.


oh! khamis ni exam. pen off. stadi stadi stadi!!

Friday, February 27, 2009

AKU EMOSI!!

aku tak faham betullah dgn pergolakan antara kaum kat malaysia ni.. mencabar sistem raja, ugut dengan bullet, tuduh menuduh..eh, ape niii.. to me, dah mencemar keharmonian yang ada selama ini. aku mmg tak paham dgn perangai mr. singh tu. sori, tapi please.. sila berpijak pada bumi yang nyata! youre a malaysian now, n yet u wanted to argue about kesultanan? n now nak tuduh2 org lain yang ugut konon. aku seriously tak boleh digest mende ni.. tak rasional kan? (tuduh dlm hati je bole?? btw, aci ke?). to me, aku agak2 aku tau whos d culprit behind these scenes.. jengjenggg...

sory im a bit EMO but i deserve this since a lot of happenings lately, beyond my control pon.. i know im not good to blab about politics, membicarakan tentang sejarah jauh sekali, but being a malaysian, i treasure n appreciate for what i have become now. kalau tak, aku takkan kawan dgn kaum lain, apetah lagi agama lain.

i hope someone will come forward n clear the air.. amiin

p/s : malam ni nak g tgk m nasir!!

Wednesday, February 25, 2009

random facts

fakta-fakta berikut saya dapat dari pembacaan atau perbualan dgn org2 tertentu..

1. kenapa masih ramai malaysian tak boikot amerika & zionis?
read this article. aku dah baca last few days. now u read!

2. 70,000 factories closed down in China recently due to economy crisis
shared by an AGM from MAS in aerospace meeting

3. Cathay airlines rugi about 1b due to fuel aging

4. British airways, SIA n a few giant airlines - rugi last quarter

5. coffee should not be consumed with milk. coffee alone, good for brain stimulation.
kita minum kopi'O' je la. jgn bazir2 pergi kopitiam, tapi bancuh sendiri eh dengan serbuk kopi kapal api. sedapp tau!

6. daging + ice cream soda / wat ever related to bikarbonat = damage cells dalam badan.

7. Rasulullah ada bersabda, jgn potong roti guna pisau. use your hands ok!

8. serbuk jintan manis disapu keliling mata utk menguatkan pandangan mata

9. asparagus = buka sekatan pd buah pinggang + mudah melahirkan anak

10. pisang, barli sejukkan badan

11. bunga kubis = sukar hadam + bahaya utk penglihatan

12. chamomile and lobak = panaskan badan + lancarkan kencing / haid

sorry. all jumbled up. tapi saya cuma sampaikan je..

Tuesday, February 24, 2009

dah 50 tahun!!

semalam bday mami. we went out for dinner. had thai food. but, b4 dat, during dad's indo-mates makan2 session last saturday, i surprised mami with cheesecake. buat sendiri ok.. pre bday la kunun. dadi was forced to suap mami! in front of his mates!!

HAPI BDAY DEAREST MAMI!! i lef u i lef u!!!

Friday, February 20, 2009

test


test test (jaja..aku bjaya!!)

introduce to u. amoi.. DIA DAH TIADA (since 2006) kerana menghidap penyakit kanser. kanser kulit (logis?? kanser bulu kot..) she was injected to death. i remember when mami called me, "amoi saket. doktor suruh inject utk dia m***. kalau tak, dia suffer. should i say yes??" suara mami sayu di kala itu. aku diam je. "ikut suka mami la.." tak lama pastu, mami call lagi. kali ni mmg dia nangis.. n tup! i know eredi. amoi dah takde.. aku pon nangis. terus pack barang2 kat opis n headed to where mami ada masa tu.

tu la korang, kucing pon ada penyakit kanser tau..

Monday, February 16, 2009

berterima kasih yang melampau


thanks to ANIES for inviting us to battle against ranhill. sweet revenge, huh?
lama tak catch up. ayuh hengaut lagi!

tidak lupa juga, terima kasih kepada TEMAN YANG TELAH MENEMANI saya di kala saya tidak boleh melelapkan mata tempoh hari. TERIMA KASIH ye!

on the other hand, a million thanks to MAMI. ye, pn norly. thanks for your thought to drag us along. in a week time, is your birthday. yang ke lima puluh. i know this kinda early..but wth. HAPI BDAY!! hapi bday! i will always love you for the rest of my life. i duno what to buy you for your birthday since you may already have everything in the whole wide world (incl a super nice daughter..teeeheee). i bought you 2 tickets, to konserto di grand circle, istana budaya, n i hope you enjoy your 'dating' moment with dadi. you know dadi loves m.nasir. enjoice!!

A song for you darling..

You taught me everything
And everything you've given me
I always keep it inside
You're the driving force in my life
There isn't anything
Or anyone I can be
And it just wouldn't feel right
If I didn't have you by my side
You were there for me to love and care for me
When skies were grey
Whenever I was down
You were always there to comfort me
And no one else can be what you have been to me
You'll always be you always will be the girl
In my life for all times


again, pn norli, I LOVE YOU to the bones!! the person who birthed me, who never let me down, no matter what. muahmuahh!


p/s : an emo entry, but who cares!

Sunday, February 15, 2009

lampu baru! it matches my room.


nufsaid, i loikee!!


Saturday, February 14, 2009

lagu untuk ana

10 tahun dulu, ada orang dedicate lagu ana's song, by silverchair. baru-baru ni terdengar kat fly.fm, tu yang teringat tu.

untung kan nama ana. seingat aku, dah banyak lagu named after 'ana'. antaranya, keroncong untuk ana by m. nasir (ceshh..itu je yang aku ingat..).

tau? ape lagi?

Thursday, February 12, 2009

gara-gara sms

penah tak korang salah anta sms? tak kira la salah no ke (yg menyebabkan salah org la kan obviously), salah type ke, anta blank msg ke? itu belum kira lagi salah call, tak pon tersalah dial. kadang2 tu buat malu je.. tu la dia. gara2 ada speed dial, takpun shortcut, tak kira lagi kalau dail guna voice recognition tu. ada je teknologi ni kan? ape lagi yg bole dibuat?

i wish ada imaginary dial. bila kita imagine je, phone tu trus dail sape yg kita nak call. kalau mcm tu, abes la bil aku..dah la bil sedia ada pon byk! tak abes2 nak imagine. imagine call karpal singh kang.. *aku dah merapu..

pagi tadi, aku sms ziela, wish dia bday.. ada ke reply dia, happy bday to you toooo.. semoga pjg umur, murah rezeki.. aku pon reply la, nak kena piap ke? bile plak bday aku? then ziela reply yg dia salah baca nama. alkisah kawan dia nama SHIZA (
sdap gak nama tu..) pon sama bday ngn dia. anyway, hapi bday to you shiza (even i duno you)! smoga pjg umur, murah rejeki (bak wish ziela).

pastuh tadi aku ada merepek2 ngn kelig aku. ada ke dia nak miscall thumbdrive dia?? alasan, thumbdrive dia hilang n ada folder mp3. ape ko ingat thumbdrive ko akan play lagu2 dlm thumbdrive ko yg super power tu? hahhahaa!


Monday, February 9, 2009

ai di jepun

bagi anda yang menggemari sushi, anda mesti ada rasa utk plan pergi makan sushi kan? takpun, beli sushi kat mana-mana supermarket, lepas tu melantak di depan tv bersama ahli keluarga yang lain. takpun, anda dah tetapkan schedule bulanan utk pergi makan sushi.. oh, dan apa-apa yang sewaktu dengannya. but for me, i dont fancy sushi sangat. that doesnt mean i did not consume them at all..cuma perasaan i nak makan sushi tu mebi belum setaraf dengan i nak makan seafood. itu saje. tapi semalam, kami pergi (tak berapa) melantak di sushi king, setelah gbi berjaya ajak makan di situ. i ordered a yeesang-featuring-scallop menu. sodap gak. burp!

ok la, chow dulu. tomorrow gonna be very busy, so i need enough rest. da..

little note : dah dpt gilmore complete set from ninie. so the marathon will start anytime soooonnn. cant wait to be reRORYied..

Friday, February 6, 2009

projek kemahiran hidup

alhamdulillah, my personal project is already half way through. we've just passed the planning stage. yet waiting for the stuffs to be (halfly) delivered and (halfly) collected.

i can't wait to see all of them.

to team, TAHNIAH atas kejayaan kita ni. walaupun tak seberapa besar, tapi ini adalah hasil titik peluh kita untuk diri kita sendiri!!

semoga berjaya dgn projek seterusnya! ini yang aku idam-idamkan selama ini!!!


Thursday, February 5, 2009

small heart

i will do this tag thingie without komplen. thanks to Anies

1. Put your iTunes, Windows Media Player, etc. on shuffle.
2. For each question, press the next button to get your answer.
3. YOU MUST WRITE THAT SONG NAME DOWN NO MATTER HOW SILLY IT SOUNDS.
4. Tag 10 friends.
5. Everyone tagged has to do the same thing.
6. Have Fun!

IF SOMEONE SAYS ‘ARE YOU OKAY’ YOU SAY?
Emotion/When The Wrong One Loves You Right.Celine Dion feat Destiny's Child..pekajadah

HOW WOULD YOU DESCRIBE YOURSELF?
All for One.Bryan Adams,Stings & Rod Stewart

WHAT DO YOU LIKE IN A GUY/GIRL?
Kasih Berubah.Ferhad.. whaddaheck?

HOW DO YOU FEEL TODAY?
Hidup ini Indah.Dewa.

WHAT IS YOUR LIFE’S PURPOSE?
Wahai Kau Cinta.Radja.. am i pemuja cinta?

WHAT’S YOUR MOTTO?
Always and Forever.Luther Vandros.. now i terasa jiwenggg

WHAT DO YOUR FRIENDS THINK OF YOU?
Pandangi Langit.Jikustik. langit itu indah (jika tidak hujan)

WHAT DO YOUR PARENTS THINK OF YOU?
Tapi Bukan Aku (Kenyataan Perasaan).Kerispatih..in denial?

WHAT DO YOU THINK ABOUT VERY OFTEN?
Without you.Christina Aguilera. i am sooo into myself huh?

WHAT IS 2 + 2?
Give It Up To Me.Sean Paul

WHAT DO YOU THINK OF YOUR BEST FRIEND?
These Words.Natasha Bedingfield

WHAT IS YOUR LIFE STORY?
Surfin' USA.Beach Boys.. wahai pembaca. sila ban saya. ini pengakuan separa benar. saya tak sokong israel

WHAT DO YOU WANT TO BE WHEN YOU GROW UP?
Helo.Christina Aguilera

WHAT DO YOU THINK WHEN YOU SEE THE PERSON YOU LIKE?
Hard to Say Goodbye.Beyonce,Sharon Leal & Anika Noni Rose..alalalallalaa.. am so flattered one kan

WHAT WILL YOU DANCE TO AT YOUR WEDDING?
The Time of My Life.David Cook.. yang ni aku boleh imagine cam romantic abes..syarat plis! sila panggil david cook nyanyi live time aku kawen!

WHAT WILL THEY PLAY AT YOUR FUNERAL?
Where is the love.Black Eyed Peas.. lagu adalah diharamkan di pengebumian sesapa pun!!

WHAT IS YOUR HOBBY/INTEREST??
I'm Every Woman.Whitney Houston

WHAT IS YOUR BIGGEST FEAR?
Pacarku.Shaden

WHAT IS YOUR BIGGEST SECRET?
Can Heaven Wait.Luther Vandross

WHAT DO YOU WANT RIGHT NOW?
Brown Eyes.Destiny's Child ???????????????? did i?

WHAT DO YOU THINK OF YOUR FRIENDS?
Numb/Encore.JayZ, Linkin Park

WHAT WILL YOU POST THIS AS?
Tiada Lagi Kidungmu.Lefthanded


awak tau tak. i small heart now. sokay. i bring self la..


lastly, takmo tag org ok! chows


gilmore girls

MUST WATCH!!

baru-baru ni, saya ada tengok iklan kat tv2. IT'S BACK!!! it's back!!!

saya amat rindukan series ni.
saya mmg nonton series sejak dia wujud di tv2 (tv2 ke? tahun bile ye tu?). seakan2 membesar bersama rory.
nini plis, nak pinjam dvd box mung.. even aku download each episode, tapi aku nak gak tgk in dvd version.

Tuesday, January 27, 2009

bangkok update again

im kinda malas to type it here. and taking the advantage of jaja's loonnnnnnnnnngggggggg, (i bet) complete and most well elaborated entry, you might as well read jaja's blog. full of emotions and information (not forgetting our kind taxi guide). pictures are uploaded (also jaja's) too! (fuuhh, sungguh mengambil kesempatan ni..sori ja!)

ini adalah hasil penjaringan aku kat bangkok. memang bengkok betul la duit aku. but still managed to have extra of 1000baht by d time nak balik malaysia. most of them are souvenirs utk org lain plus demam 1 1/2 hari.
end of my pembaziran.

taking things

don't take me for granted
plis..