rasa macam dah lama tidak kemaskini blog ini. takde la lama sangat. baru satu bulan lebey daa..
anyhow, a lot of happenings in between. dari segala aspek kehidupan. ada yang best, kerennnn. tidak kurang juga yang tak best sangat, dan ada juga yang suam-suam je bestnya.
fuhh, sedar tak sedar, kita dah puasa (nak masuk) 9 hari. how time flies fast. masa memang tak tunggu kita.
bulan julai dan ogos tahun ni banyak memberi rezeki pada aku. Syukur. salah satu impian hidup saya akan tercapai bulan ini. asb aku. sekarang aku tengah fikirkan alternatif yang setimpal dengannya. emas. malam tadi, semasa kami (saudara-mara) berbual mesra di iftar rumah cik jun, acu beritahu, dia mendengar desas-desus mengatakan harga emas akan naik rm200 tahun depan. jadi dia nasihatkan kami-kami yang tak berapa suka emas ni supaya mengambil peluang ini. tengok la macamana nanti.
oo ok. baru satu aspek.
projek kuih. kuih2u. alhamdulillah, sambutan seperti yang dijangkakan. lebih dari tahun-tahun lalu. jualan aku sendiri mencecah 7k, tidak termasuk ejen-ejen mami yang lain. lepas lah duit raya tahun ini.
and..aku banyak sangat tempah baju kurung terutamanya cotton. rasa macam membazir pun ada, tapi aku fikir aku akan pakai selalu nanti. maklumlah, kerja kerajaan. kadang-kadang segan pulak nak ngaku kita ni keje gomen. piap! tapi tu lah. hampir 10 pasang. eh, lebih jika termasuk yang kena repair tu. aduh. tu yang semalam, waktu ke jalan tar dengan sepupu yang lain, aku tak selera tengok baju-baju yang dijual. bukan tak cantik, tapi..aku punya lagi cantik kot. ngeee...
oh ye. selasa depan aku exam. aku terkandas aritu, jadi kena reseat. aduhh, bukak buku pun belum. arini arini..
banyak lagi. tapi aku tak berminat nak bercerita semuanya di sini. cukup untuk aku katakan aku bersyukur aku dikelilingi orang-orang yang aku sayang. itu sudah memadai. Syukran.
dah la. macam banyak je aku tulis. merapu kan. biar la.
oh ye, akmar. kalau ko baca ni, terima kasih banyak2 kerana hadiahkan aku senaskhah kitab suci. banyak berjasa di bulan puasa ni.
dan selamat menyambut kemerdekaan. aku ada bendera kat kereta aku!
*excuse me. i know i sound skema je when writing this.
5 comments:
Mmg skema!! Hehe.. Glad everything's working out for you. Keep attracting, insyaAllah you'll receive it! ;) xoxo
weyh ko raya kajang ke? jom buka puasa kat lala chong jom! (bile aku dah balik le)
wa : thanks thanks. keeping d momentum.
dinna : ayuh! bila balik? n bila balik brunei balik?
dh kaya-raya rupenye kawan aku sorang nie,...hehehe, ayuh belanja gueh red card...eheheh
alhamdulillah. rezeki memihak kepada aku. syukur.
redcard? ayuhh! banana choc!
Post a Comment