Showing posts with label kerenah. Show all posts
Showing posts with label kerenah. Show all posts

Saturday, December 20, 2008

ipoh mali!!

gigih aku pegi pudu tadi. sampai pudu dlm pkul 830. shira hantar. aku trus g kaunter transnational. tiket yg paling awal n available 1130pm, limited seats. gile ah! takpe. next ke plusliner. beratur. takde tiket. waduh! gimana ni dong. aku kluar barisan je,ada sorang mamat ni menghampiri aku.

'awak nak g ipoh eh? saya ada tiket plusliner 10pm. nak?' dia tunjuk tiket dia.

aku konpem la terkujat kan. mengulat2 skali. ye la. cuak dong!

'awak sure ke ada bas tu gi ipoh?', sambil tunjuk tiket tu.

'awak tanya sendiri kat kaunter'.

sambil aku tanya kaunter, dia pon turut tanya harga tiket tu brape. org tu kata tiket tu valid, harga 17.40.

'awak bayar brapa yg org tu btau'.

'so awak mmg taknak balik ipoh ke?'

'nak. saya jumpa tiket 900pm, tapi awak sure tanak naik bas tu. jom', dia jalan ke arah mat2 ulat. serious aku cuak. dah la sorang, malam plak tu. yakinkan diri punya pasal, aku folo n bayakan tiket dia, yang lebih tu dia top up la, tapi time tu aku dah siap2 pegang erat tiket plusliner tu. takut dia bawak lari tiket. haha.


sementara tunggu 10pm, aku baca laskar pelangi. dah dpt!!

sampai ipoh 1230am. shah amik, trus g umah pak long. ika tgh berinai. husband dia hensem (pengapit pon hensem).

sian ika. nikah dgr thru henpon je sbb derang semua takleh g masjid. banjir sampai paras dada. tinggi kan? dlm 130am gerak pulang ke hotel sambil singgah 2.3 (drive thru mcd la). big mac SATU!

n now, dah selesai makan dan bersihkan diri, aku blogging guna wireless kat hotel ni.n alhamdulillah aku dah sampai ipoh dengan selamat. terima kasih mr stranger. kalau tak, aku sampai ipoh esok tghari la jawabnye.


Tuesday, December 16, 2008

bushoes

pagi2 aku dah buka website utusan nak baca berita. aku tgh tunggu jam jadi pkul 745 utk kuar umah. jap g ada meeting lagi kat nilai. ada berita yang menangkap mata aku, terpana melihat 'bush dibaling kasut'. aku bajet wartawan tu dah tak tahan sabar dan ini adalah masanya dia bertentang mata dgn bush. geram dia sampai baling kasut la. cayalah! serves u right!


*disclaimer : gambar dipetik dari utusan malaysia online


Wednesday, December 10, 2008

nyamuk

sure konfius kan knape nyamuk jadi bahan? ada 3 sebab..

sebab 1
bukan ape, mase borak2 aritu, ada tkeluar crita yg aku kira2 agak klakar la (sebab ketawa terkekek-kekek <--ejaan penuh ok). cerita nya berbunyi begini..

*disclaimer : tiada unsur2 mengejek yang cuba diisukan di sini ok.

a fren to my fren is a vegetarian, meaning mmg dia tak makan ape2 sahaja yg berunsurkan binatang termasuk lah minyak masak atau kuali yg pernah menggorengi atau memasaki binatang. satu hari, ada nyamuk hinggap di lengan X ni, dan ape yg mamat ni buat ialah meniup2 nyamuk itu supaya dia beredar dari lengan X. lalu my fren yg agak curious ni bertanya, "y dont u tepuk je nyamuk tu..kan senang.."

jawapan spontan dari X, "jangan, nyamuk ni ada famili maa..ksian wife n anak2 dia."

agak terbahak-bahak la my fren itu. tapi itulah hakikatnye. ada juga org yg prihatin terhadap makhluk Allah yg lain. mungkin bagi anda (seperti saya juga), ini adalah kelakar. tapi mungkin bagi dia, itu adalah pirincipal dia. takkan memusnahkan benda lain yg berkeluarga yakni berzuriat lah. murni sungguh kan. i never thought of that. so tak considereable aku ni..

sebab 2
suatu ketika dulu, aku penah gelarkan seorang member, yang boleh dikatakan teman tapi mesra dgn nama, tiruks. elok-elok parens dia bagi nama abdul razak, pandai-pandai aku pulak nak panggil dia nyamuk tirux. sebab ke2 ni takde motif sbenanye. saje. sbb tringat. tah ape kabar la dia ni. dah lost contact pon.

sebab 3
makcik terdekat aku disahkan terkena jangkitan cikugunya. ini smua berasal usul dgn gigitan sejenis nyamuk yang hanya muncul di waktu pagi dan tengahari. ambil masa up to 6 months utk betul2 cure.

Friday, November 28, 2008

sengal

dah lama tak mnulis so i feel a bit sengal. where should i start eh? jap jap
baik aku recap kejadian sepanjang minggu ni.

pada isnin lalu, aku pegi pejabat utk pulangkan laptop n all TM harta benda. lega. harap2 derang cepat2 release gaji november aku. ye la, kalau tak pulang ape2 harta benda tm, derang akan hold gaji forever. ala, bukan harta bende sendri pon. pulang je la kan.. after opis, went ngopitiam with my usual partner-in-crimes. haha! rasa mcm wanabe giller. blk umah lambat, sampai2 umah takde org. rupanya, en sahlan n pn noli tgk slamat pagi cinta. haha!

selasa
pulak, dah janji nak outing dgn adam. adam adalah 1st son to en fadly n pn kamelia. minggu dia, adam jadi bdak kl. so mommy kemm cuti la.. sebelum berjumpa adam, went to shah alam. csm clan nk blanja lunch. thanks korang! pastu trus ke midveli utk berjumpa mereka2 tu. tasha+ ashraf pon ada.
ini ashraf, anak tasha

ini adam, anak kamelia

ini kami semua (bile aku nak ada anak ni?!!)

jln2 dari tghari sampai la 7+pm. bli big epal. 18 donats ok! trus pecut balik sbb ada futsal 9pm kat bangi.

rabu
menjelma. rabu ialah hari yg aku janji ngn fatin dan kanak2 kecil yg lain utk menonton madagascar2. so beramai2 kami ke alamandimanda.. ada 12 org smuanya! aku drive unser makcik aku punya. mmg meriah. dlm keta meriah. dlm wayang meriah. alamanda pon meriah! mmg fun la outing ni. mcm kerenah budak2 ni. pas tgk wayang, ada sesi bacabaca kat mph. aku sempat grab 1 buku.

owh! aku tak smpat nak gambarkan memori ini dlm bentuk gambar. nape ye. tah. bz sgt kot. sbb aku sorang je dewasa. sampai2 umah, makcik n nenek aku takde. so bagi la derang makan ape yg makcik aku dah masakkan. ayam masak cili.dah setel smua, baru aku balik umah. ptg tu, aku teman dadi g mines. dia nak carik external modem for his laptop. aku sempat beli contact lens masa dadi carik dvd ayat2 cinta. byk btul blanja arini! balik2 umah, masak2 sket utk dadi, pastu siap2 nk gerak g shah alam. teman ninie g bli lens. hari lens sedunia! pastu, bergegas ke kedai makan. ciken wings! ada beberapa ahli lagi yg join. gosssss!! pastu dlm 11 lbih camtu gerak pulang. tdo umah kawan aku mlm tu. oh, ada kejadian. rahsia! skian for rabu.

kamis datang lagi! pagi2 aku folo kwn aku tu kuar. dia g keje, aku balik umh la kan. sampai2, trus suh kanak2 tu siap2. SWIMMINGGGGG!!!! kami ke public pool kat putrajaya. 11 of us. me n kanak2 d series lagi. hehehe.



ini naqib namanya. dia tuka baju dulu sbb dia sejukk

hani dah pandai swimming. dia nk swim kat pool besa je. so aku la tukang teman dia kan. me in my cicak-costume (tade gamba ok). sampai umah balik dlm kol 1145. trus siap2 nak g opis. bos nak blanja my unit for my farewell. blanja kfc. lama tak makan kfc. bes bes. ala..takde gamba laaa. pastu, headed to menara. my partner in crime nak blanja secret recipe. aku mkn lagi! macaroni n cheese! dh setel, trus g umah yati nuar. ada perbincangan sket. jumpa bombi! dia sgt berat ok. 17kg for bdak 1 tahun. berat kan?? pas mghrib, gerak pulang. singgah yumi for cake's stuffs. sampai umah, mami ajak makan kat luar. jom! kami ke tesco kajang. balik umah. baring2 n ttdo. tak prasan.

Wednesday, November 19, 2008

2.3

satu hari mami berkata, "eh sini ada 2.3!"

aku terpinga-pinga

rupanya mami is referring to mc d drive thru baru di bangi. near pkns.

masa itu, masih under construction.

Monday, November 17, 2008

canot elak enimorrreee!

come to a surprise, a customer of mine pagi2 dah dtg opis n btau yg dia dah slot massage session for 2 hours esok! omg! gimana mau elak ini macam.. nak tak nak, i pon reluctantly said 'okla, but u have to fetch me la ok'. kemalasan nak drive. opss..she's a she ok. jgn salah sangka. and plus mau lagi lunch for 2 days. 2 dayss? esok bersama dia privately, and lusa bersama bos dia di saujana.

hosh! pagi2 dia dah bebel sbb aku agak malas. 'u didnt return my call, my sms. aparaa..'. haha klakar!

unik betul karakter customer ini. takkan ku lupakan. sungguh persistent! aku rasa dia beria ni sbb dia byk menyusahkan aku selama ini. but being me + 'saya yg menjalankan tjawab', tada hal la. (sounds mcm bagus kan??)

Sunday, November 16, 2008

seafood galore



last nite, we (as in tm selangor netball team plus iqbal) went to bagan lalang for makan2 session. this is my first time menjejakkan kaki ke bagan lalang. boleh tahan jauh la. about 1 hour from mmu cyber (parked amir kat mmu saiber). jauh kan? tapi kepenatan itu lantas hilang bila terpandang pada meja yg penuh dgn binatang2 laut. yummmyyliciousss!! terhebat : makan 4 ekor ketam!

ini hasil mkn di bagan lalang. ini mcm separuh je. mane lagi eh?


bersempena dgn itu, pagi tadi, bila saya bercerita dgn mami saya, dia pon lantas terus, "ayuh siap2. kita ke pasar. cari ketam". otw balik pula, saya membeli spotong cokelat indulgence secret recipe. tamakkan bunyi nye?

we had udang pucuk paku masak lemak, ketam goreng, ikan kembong goreng (letak bawang+cili padi hiris di atasnye) plus ulam-ulaman for lunch. hosh! sungguuhh kolesterolistic!


ini masakan yg berjaya sy buat!


itu lah dia. kan saya dh btau, minggu ini adalah minggu makan sedunia. i cant imagine wats d tema untuk next week ni nnti. fuuuhhh...im thrilled!


Thursday, October 23, 2008

hardtime

statusku di ym mlm td. dats wat I feel now.behind d happy me(im hapi being shida),ada rasa resah sbenanye.huhu..drama! takdela. idea itu dtg kerana lately I've encountered beberapa situaso yang agak hard yg dialami oleh org2 tdekat. sungguh cliché eh perkataan 'hardtime' tu. malah ada beberapa rakan di ym yang prihatin yang pm bertanyakan kabar. terima kasih. appreciate dat. i know u luv me. hehe..

aku tringat lagu hard knck life. tau? lagu itu dibawa oeh Jayz. takde kena ngena pon.

pada hakikatnya, aku sgt serabut dgn beberapa perkara, terumtamanya keje=bos dan hati=perasaan.

sori. emosiku kurang stabil.

i need MSG.

Tuesday, October 7, 2008

reminiscing

have u ever heard of 'bujal'? its a comic that i used to read when i was small. along with dat, ada la majalah dewan pelajar., kuntum, buku cerita tidurlah sayang, nancy drew, ape lagi, tak bleh nk recall now..

bujal adalah komik yg agak mngarut. dgn main karakternya yg pakai songkok senget..agak menghiburkan la, walaupun agak lame lawak2 nye..

i am actually bosan. agaknya sbb sedang menunggu hari2 berlalu utk kerja baru. im thrilled! not because of keje baru, but im looking forward to 'officially unemployed' status. aaahh naaa..i'm not entitled pon, sbb dah dpt surat utk report duty. hahah! im thrilled more utk behenti keje (as i haf a lot in mind to do) than to keje baru (new ppl, new boss, all new to me lah!)

mlm tadi, after buka pose, we went to rumah tok andak kat bangi. dulu dia adalah prof sejarah tersohor di upm (upm ke ukm eh?). servis dia masih disambung walaupun umur dah menjangkau 65. so mlm tadi adalah mlm pembelajaran sejarah la. kisah2 cape town, tanjung harapan arakian panjang la perbualan sehingga aku menguap beberapa kali di depan meja kuih raya. nasib baik tak tersembul muka aku kat kuih2 tu.. hahah! buat malu je. end up, kami bergerak balik umah 12am camtuh. dlm keta, toksah ckp la,mmg dah tbaring kat blkg la kan.. bile i dah ngantuk, mmg takleh tolong..

Wednesday, October 1, 2008

superwoman

it is RAYA my fren!

sempena dgn ini, saya ingin mengambil kesempatan utk mengucapkan
salam aidilfitri

di sini juga, saya ingin menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada salah dan silap, terkasar bahasa, terlajak kata, badan binasa (ini sudah melalut..). apa2 pon, maaf lahir dan batin.

earlier this morning, my mom was complaining to me dat i cant do multitasking in the kitchen. we have few tasks to be settled and im supposed to help her la kan.. ala, things like kemas dapur sket2, cuci ayam & daging, siap2 bawang n stuffs utk rendang, bake cakes n etc. i pon ada mengomel sket that it is gud enuf for me to tolong rather than just relax2, so ending up, aku berdiri dari 10am hingga ke 330pm camtuh. now i know, how strong she handled the kitchen chores during my absence. sori mami! lef u SO MUCHHH!

just imagine, mase i kcik, my mom is a working bee. i was sent to an 'embah' to take care of me during daytime la. before she send me, she managed to prepare the cookings for me, and also for d 'embah', meaning mungkin lauk tengahari or kuih ke. hebat kan? dia ada masa utk buat2 smua tu, n yet she performed in her office. after ofis, dia akan jemput me n entertain me la. my mom luvs cooking. so most of d time, she will cook, no matter wat. so there, plus plus point to my mom! she's a great multitasker i would say.. contoh paling ideal, she managed to complete cooking for iftar by azan time, tapi start cooking at 640pm camtuh (exclude la masak nasik kan..). bukan lauk cincai..lauk yg hebats ok. woww! i am mengagumi my mom, n i wish i can be samone like her. if not exactly, dekat2 pon jadi la.. n i wish 1 day, my children akan mengagumi mak dia juga (awww!<--- i know this is cheesyyy!).

tadi, dlm 12am, cra, shah, nabila n me went to jalan tar. wohooo, ramai gile org ok! tak tido2 derang. my main objektif is to buy tudung murah2, n berjaya tangkap 1! then ada try2 kebaya nyonya, tapi mostly derang dah abes size S (oo..im wearing size s skrang..). too bad. so not catch la. murah tau! kbaya nyonya + tube + kain = rm100 or kbaya nyonya + pareo = rm139. takde rezki. then, ujan turun dgn lebatsnya!! so we end up jln sket2 lagi kat wisma yakin n chow.
sampai umah dlm 330am camtuh. pnat. nak tdo ni.

pen off.

Friday, September 26, 2008

d-lish


tghari tadi, dlm 1130am, went to midveli. window shop je. sbenanye teman anom pegi beli brg2 dia. i takde napsu pon nak shoping at dis point of time. tapi sempat pegi dell store. nak tgk dell studio secara live. not bad. 1 je, BERAT n bulky!! design mmg superb la. dell xps pon not bad. small n compact. mebi ini 2 la kot, which i consider. akan difinalize later. huhuu.. eh jappp..ada ok. i ada soka satu sandal nose ni. so ngam with my kakis. rm60. balik opis, 3pm. wahhh sungguh tiada mood utk keje, but i managed to clear my emails n reports. b4 balik, sempat la ada adegan maaf memaafkan kat opis tu. mriah jap. ye la, masing2 kan byk mengata antara satu sama lain. opis yg penuh dgn DRAMA!! ape2 pon, aku maafkan la korang. bukannye ada kes beso2 pon.

after keje, trus pegi umah nini sbb alin nk fetch kat situ. sampai2, nini tgh layan entourage. mak aih! i ada cd entourage tu dari zaman bile, but didnt manage to watch 1 pon! ape2 la. ini la pompuan, sumer nak bli. napsu napsu..

berbuka di dlishious @ bangsar village arini, bersasma2 nini n alin. thanx alin! not bad la fud dia. but cupacakes sgt tawar ok! dun likey..

pas balik mkn, i trus tukar attire to FUTSAL!!!! mriahh! lama gelll tak futsal. aku suka peluh2 ni, sbb rasa sgt sihat la kunun, despite of kebusokan.. dun care la. yg penting futsal kali ni mriah. alasan=dah nearly 1 month tak futsal.

sronok sronok..

esok nak buka dgn dinna! cant wait!!!!!!

Wednesday, September 24, 2008

cakau!


jiwa cakau! not cakau la.. its kacau la.. anywy, today i felt a bit miserable after getting to know wats exactly d plan. nama pon plan..lets just plan. mmg la goals to haf to b logikable kan, but we haf to work towards it la. if u want it, no matter wat la kan. kalau u mcm2, bagai2, i duno. duno whether ape yg u impikan, yg u nakkan tu achievable ke tak la. true enuf, there are lotsa hiccups along d way, but come on! these hiccups are feedback for u to improve urself la kan..

i duno how to share wit u guys about wat im going thru.. Ya Allah, kuatkan iman hambaMu ini..

albi, i NID U!

enuf said about kacau. siang tadi, i went to Tesco, met Lau & Chew for agreements. bila nak balik, sampai2 keta je, ada sekor BELALANG besaq kat steering cik kelis..
mula2 serious scary, but later i tried cakap2 ngn dia supaya dia kuar. last2 dia kuar gak, but through passenger window. aduh!

Friday, September 19, 2008

why


korang prasan tak.
nape time bulan pose ni la org sebok nak ajak gathering buka pose la..

time bulan syawal la org nak buat open house la. padahal, byk lagi hari dalam stahun tu kite boleh jamu org makan. blanja org makan. no doubt, kita mmg digalakkan utk beramal ibadah di bulan ramadhan..

ptg tadi, we had a buka pose session di villageview bersama 2 keluarga anak yatim. crowd SUPER ramai. sehinggakan kami dpt dishes n minuman 730pm, which is 17 mins after waktu berbuka pose.
kami order sate utk sajian tambahan. not bad.
mase nak balik tu, tsrempak dgn mak ngan fatim n famili.

oh ye, saya masih saket mata. skrang dah berjangkit dari mata kanan ke mata kiri. aduhh. still on mc. tapi dlm2 mc tu, sempat g potong rambut la. manage all kuihs.

Thursday, September 18, 2008

serah


i was reading thru utusan online. wat? pak lah serah MOF to najib? dia ingat ni main2 ke. ohh sori. i didnt mean to make this entry sounds so ohh politik.. imho, this is not like yr own company, suka2 nak tukar2, suka2 nak serah2. kam on la!

talking abt tukar2 portfolio tu, to mata kasar kite, mmg masing2 nak save their own ass. tapi duno la if ada strategi played behind.

fingers cross, hoping nothing serious yg akan jejaskan kite as rakyat malaysia, n most important, companies yg paying our slips.

unofficially, im praying for a better malaysia for the years to come..means?

Thursday, September 11, 2008

asb

guess wat! i MISPLACE my asb book!! started to realize when i cant recall wats d latest balance yg ada. at dat time, i nak buat belanjawan sket. tensiii!!! i tot it was always in my handbag. dah 2 mlm carik tak jumpa. i wish my asb book ada henfon, so bole la miscall dia.. kamon kamon..where are u?

Wednesday, September 3, 2008

poppin!

peeps, i received few gud news today. a small hippie dlm hati yg kecil ini..

1) dah dpt offer letter! dah lama tunggu.. tgh kumpul courage to tender ni.

2) projek strim : can get extra cash by next week.. yeay! duit raya!

3) managed to convince a new customer, sales worth of rm400k. wow! but this is for tm laa..=(

4) submitted my commission report for q2 2009. keep my fingers cross until end of sept. duit raya lagi. alhamdulillah.

5) n lastly..i can smell something fishy..but i can't reveal it here n in fact, not now la kan. not even to anyone. this is for keep. ngeh ngeh..

to aina, all d best upon proses penghantaran (she is excpeted to deliver a baby lah!) next week.
candy candy to u!! i still owe u d secret recipe cake. huhu..

tadi, we went to visit nenek kat umah kak yan. nenek sgt rindu ngn dadi katanye. so shweeett.. fyi, nenek stays in sg long. so tak jauh la. we chatted, boraks boraks..sampai 1230am. sampai umah, trus kiok. ngantuk..u know me, kalau dah ngantuk, takleh buat ape.

tiba-tiba tringat that i said this before to tmah, nalyn, aina, time tu tgh buat assignment. uni time. "tepi tepi..i cant stand anymore.." mmg i stop typing d assignment, n trus baring n tido. haha! burok prangai!

riki jr in d haus!

peeps..my gudfren kamelia selamat melahirkan babyboy (stil takde nama) semalam.

pics from their blog

mlm tadi, sempat nini n me visit them kat gleneagles ampang. sampai sane, ramai sedara mara derang. tak lama pastu, tasha pon dtg dgn BABY! cumiiilllll sgt!!

beshnye korang dah ada baby. me, when? it's for me to keep, for u to find out..ngeh ngeh..

anyway, EN MOHD FADLY & PN WAN KAMELIA, congratessss! am happy n proud of u guys.

ha kem, jenuh la ko nak ganti pose 30 hari!

Thursday, August 28, 2008

ezora tamat

fyi, arini adalah final episode of ezora. mind u, that this series is like i-must-watch la. kalu mis kat tv, i will udpate myself kat tv3.com. obses kan? i dunno y i am so into the series. i must say i was touched dgn adegan2 terakhir citer ni. esp bila ezora chose adreen over reza. a lesson to learn thru this series is to give yr best in wat ever situation pon..mcm ezora tu (put aside dat ezora is equal to fazura).. dlm citer tu,everybody pon loves ezora. i mean, menyenangi ezora. ohh, alangkah besnye kalau i pon mcm tu.

i swear from now on,i will be gud no matter to whom, in wat situation. tak kesah la kalau org tu buat shit ke ape.. kerana i believe, gud things akan dibalas dgn gud things. ala2 hukum karma. tapi hati kena betul2 tulus dan ikhlas la kan. kalau org pijak kite ke ape ke, take advantage ke, take for granted ke..dun care la. yg penting, kite dah give our very d best. leave d rest to Dia. He knows wats best for kite kan. ape2 yg jadi after dat, treat it as, ada hikmah disebalik apa-apa yg berlaku.

amboi. mcm ceramah dah ni. actually, im reminding myself ni. sori lah korang, kena plak baca cecehan aku ni..

Sunday, August 17, 2008

marriage

pagi ni, i had bfast with kem & riki, dinna, duan at uncle lims kat subang parade. initially, the session shud be between me n dinna je, tapi last2, meriah kan!

i had to attend 2 weddings today. 1, abg amin depan umah kawen. 2, ina & farid kat putrajaya. congrates to korang! smoga berkekalan sehingga ke akhir hayat...

wat about me? dah ramai sgt yg tanye soalan ni kat aku, smpai nak naik muntah aku mnjawabnye. bukannye aku tanak kawen, aku nakkk SGT kawen ni! its just dat jodoh belum tiba. sabar ye.. nanti aku kawen, korang datang tau!! bwk hadiah skali eh. dah mlalut2 dah ni..

lately cuaca amat panas, sampai aku dpt rasa badan aku dehidrate kdg2. alhamdulillah, kita masih lagi bernafas dan cukup makan minum.

hari ini juga saudara maraku cukup ramai kat umah tokcik. yela, cuti skolah kan. smua balik kampung la kunun. so ptg tadi, banyak la crita criti ngn derang.. sonot!

okla, as i mentioned in the last entry, kitorang nak g mkn sifud, n its about time to gerak edi. tapi shah tak siap2 lagi ni..n LEE CHONG WEI is on his way to made it to GOLD medal!! all d best to u!

Thursday, August 7, 2008

bbq ciken!

hahha..i m watching ezora sambil memblogkan diri..omg, im blogging ok..so gud eh. i know ezora dah makin yg bukan2 ceritanya tapi aku masih gagah tgk citer ni. =)

a part of dat..ada catcthy story ekoran dari entry 'gampang'ku the other day. no need to b disclosed here. takut ada yg tak sepatutnya baca kang, citer jadi lain lagi..biar la..wat ever hapened tu, let it be..benda dah jadi pon.kalau aku beria nak patahkan balik,mmg tak dapek.. anyhow,to whom it may concern,im sorry.i accidentally sent to u.tak abes type dah tersend.dun mean any harm. takut salah faham, which is worst case la..

ok ok citer lain.
i reached opis late today.9am.ada byk rodblok.mesti pkr nak buat gathering sempena anuar kena bicara.argh..org lain yg terseksa.byk jln jem.i had to lalu cheras-hukm-dbp-masuk federal.masuk opis,settlekan ape yg patut.blabla..kuar opis 1pm. trus g elken,anta bill. pastuh g shah alam,anta lumix g repair,g tesco shah alam jumpa mr tenant,g csm meeting. gerak from shah alam 5pm.
all in all, im satisfied with my keje today. rasa agak efektif. tapi bole improve lagi ni..

o ye.aritu farah ajak makan kat bbq chicken@desa sri hartamas. saya sgt tringin nak makan ayam masak merah tu lagi!!yummyyyy! jom korang jom..mkn kat sane..100% fried by olive oil..JOM!!










yeay yeay..mlm ni ada futsal!!

im fasting..ganti pose.FINAL day! yehaaa! nk g buka ni..