ppl asked me whats my labor n delivery experience. for the record, i'm copying this from my messages (via fb) to syida ramli for my record. so that i can recall the moment before it is so far away that i forget.
edd : 18 mar 2011
21st march 2011
lepas check up kat klinik kesihatan presint 9, visited o&g serdang hospital sebab ada rasa sakit sikit. 1cm dilated. dia suh balik umah..
went to annur & azzahrah bangi for alternatives. but sadly, mereka tak terima. kerana overdue and my hb prob. fyi, my hb memang la rendah throughout the pregnancy, tak pernah jejak 12 pon! hahaha..
22nd mar 201
visitied o&g serdang sekali lagi. still dilated 1cm. siap doctor kat situ bagitau that hospital tu memang tengah penuh and takde katil lagi for me (if i warded la kan..) so, kami pon balik la rumah. dear husband pon pergilah bekerja. nehngeh.. the baby was really taking his sweet time to meet the world. aku pon pi la makan nasi beriyani la, kenny rogers la. belasah makan.
23rd mar 2011
1am : terbangun sebab belum isya' lagi kan. pastu aku pon relax la, duduk la. tiba2 perut aku mula sakit. aku tengok jam pukul 2am. terus mcm baring la konon. sakit dia macam kejap ada kejap takde. inikah contraction?
215am : aku kejut gabai suh dia timing. bangun2 muka mamai. time tu, bila kira, contraction 3 kali dalam masa 15 10 minit. we decided to monitor until 3am.
3am : still sakit begitu, so kami pon begegas la ke emergency serdang hospital, 5mins away. there...cek cek rupanya baru 2cm dilated. tapi doktor kata contraction mmg kuat. so monitor for a while. dalam pada monitor tu, datang la sorang nurse ni. dia tanya, ada minum air selusuh ke? baru tertingtong, "memang ada minum smlam petang, tapi sikit je". dengan muka sarcastinya dia menjawab, "minum sikit je pon memang akan jadi sakit. lenkali jangan minum" yolah! aku minum tu pon sebab dahaga n takde air lain masa tu. air selusuh is air yang telah dibaca yassin bagi memudahkan bersalin...menurut kata ibuku.
430am : doktor check lagi. 2cm. tapi sebab contraction kuat, n ada 1 je katil kosong kat wad biasa, i was warded. so gabai pon register bagai for me to masuk wad.
530am : i was sent to wad perempuan. 5a ke 5b, aku pon tak ingat. wad tu bukan bilik ok. macam dorm. 1 wing ada 8 katil. berkipas. takpela. aku dah tak fikir nak selesa sangat dah.. then gabai datang hantar beg. dia tak boleh tunggu situ ok. dia balik rumah. tapi aku memang mengerang la kesakitan keseorangan masa contraction tu. lucky time tu ada 2 orang je kat wing tu. takde la segan naa.. tapi lantok kan la.. setelah subuh yang hening tu, aku pon call gabai. aku nak roti n milo panas from home. aku takmo makan makanan hospital. gedik tak gedik la. so gabai pon layankan je..
700am : gabai datang bawak milo n roti apo tah. masa gabai ada kat katil tu (sambil ngerang2 ni), doktor tengah morning round check patient, so bila tiba di katilku, aku nak suh dia cek 'toot'. tapi doktor suh jumpa dulu husband, nanti cari dia. dia pegi cek patient lain. so ok. gabai balik n aku pon meneruskan makan roti n minum milo itu. wah! perlu diingatkan contraction on going tau..
730am : aku pon jalan mencari doktor.bayangkan aku cari doktor satu floor tu.. jalan sikit, aku benti, jalan sket aku benti..sampai ada sorang nurse tu tegur n suh aku duduk n tunggu, biar dia yang panggil doktor. so ok, doktor pon dtg. aku baring, dia check, 7cm! terus ke labor room. sempat aku call gabai suh datang balik. "bini dah nak bersalin ni kot!"
800am : masuk labor room. lepas tu ada a few doctors kerumun. ada doktor junior, ada yang senior.. pastu ada sorang junior ni yang conduct. dia estimate lagi 3 jam bersalin. whatever..
830am : baru gabai datang. halo! oh no! i was mengerang kesakitan ye. mengerang ok. pastu i was reminded to selawat etc.
900am : ok, ni climax. sakit aku dah tak terkata dan tak terjerit dah. so i asked gabai to call any doctor to check on me. bila dia datang, boleh dia kata "she is scheduled to deliver 11am. so sakit in between tu memang biasa la.." ok takpe. sabar..
915am : sakit dah tak tertahan lagi. asked gabai to call whoever who can assist my pain. unbearable. sekali tu, sister (chief nurse eh?) lalu. minta dia check sebab tengok aku macam ulat keriuk keriuk.. dia pakai golve, terus seluk. "eh, kepala baby!!!!" aku pulak panik. dengan dia dia pon panik. terus panggil doktor. doktor took over dan bermulalah perjuangan aku. "push puuuusshhh" adeh. aku dah tak ingat macamana aku push. iyolah, tak gi antenatal class pon. pastu dah lama2 baru dapat rhythm.
946am: adam danish melihat dunia!! awww, aku menangis.
No comments:
Post a Comment