Friday, October 19, 2012

personality test

i was called to do this personality test.

di sini http://www.41q.com

dan keputusannya adalah...

Your personality type: "Dreamy Idealist"
Quiet, reflective and idealistic. Interested in serving humanity. Well-developed value system, which they strive to live in accordance with. Extremely loyal. Adaptable and laid-back unless a strongly-held value is threatened. Usually talented writers. Mentally quick and able to see possibilities. Interested in understanding and helping people.
Careers that could fit you include:
Writers, artists, counselors, social workers, English teachers, fine arts teachers, child care workers, clergy, missionaries, psychologists, psychiatrists, scientists, political activists, editors, education consultants, journalists, religious educators, social scientists.








Tip: Place the mouse cursor over the bars for explanations of the terms.
Renowned persons with similar personality types:
  • Albert Schweitzer, theologian, musician and physician
  • George Orwell, author and journalist
  • J.R.R. Tolkien, writer
  • James Taylor, singer-songwriter and guitarist
  • John F. Kennedy Jr., lawyer, journalist and publisher
  • Lisa Kudrow, actress
  • Mary, mother of Jesus
  • Peter Jackson, filmmaker
  • Diana Frances Spencer, princess of Wales
  • William Shakespeare, English poet and dramatist

Wednesday, August 22, 2012

Dominos

Haha tunggu dominos. Kes malas nak masak. Bear with me encik amirul amin

Tuesday, August 14, 2012

SOLAT – WAKTU, WARNA & KELEBIHAN

found this. (source :http://ashady.blogspot.com) a good article to share..
 
Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.
Waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.
Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur.
Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar suda h mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
Waktu Isra’ & Dhuha : Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?
Waktu Asar : Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita ;)
Waktu Maghrib: alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tida k berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
Waktu Isyak : alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya . :?

Wednesday, August 1, 2012

jom beli kuih raya

kawan-kawan,
jom beli kuih raya. made with love by Norly Cookies. Puan Norly adalah ibu saya ye.

sila la visit

http://kuih2u.blogspot.com/
 
 what do we have in the oven?

AWAN NANO
RM19 / 60pcs


TAT GULUNG
RM23 / 50pcs







SNOWBALL 
RM23 / 50pcs




NESTUM-CHOCRICE
RM23 / 50pcs


LONDON ALMOND
RM23 / 50pcs


HAZELNUT
RM23 / 50pcs


MARBLE
RM24 / 50pcs


PISTACIO
RM24 / 50pcs

MAKMUR
RM23 / 50pcs


email to kuih2u@gmail.com to order. or u can sms me, 0133939143
last order adalah 08.08.2012

Tuesday, July 31, 2012

tips amalan kesihatan

some tips on natural medication. attended a slot during Ihya' Ramadhan conducted by our Kementerian. 

buka hari dengan doa
Ya Allah, aku mohon padaMu agar datangkan kebaikan secara tiba-tiba
dan Kau lindungkan aku dari keburukan yang datang secara tiba-tiba...

dengan puasa, kita boleh kosongkan perut kita.
kita rawat perut dengan kosongkan perut.
elemen yang boleh kecutkan perut : cuka, kurma

rendam kurma ke dalam cuka..makan kurma (jeruk) untuk kecutkan perut

JANGAN campurkan kurma + air. a BIG NO!

Jangan minum air semasa :
1) baru bangun tidur
2) setelah berpeluh dengan banyak
3) selepas bersetubuh
4) selepas makan buah

sekali-sekala, rendamlah diri dalam susu bercampur sedikit cuka. kulit halus wooo!

bagi migraine, jalan atas campuran [garam kasar+lada hitam+kacang hijau]

bagi darah tinggi, buat jus belimbing buluh, campur sedikit cuka+madu. minum..

Jika bangun sahur dan tak lapar, jamahlah kurma atau air. waktu lain, jika anda tak lapar, tak perlu makan n minum.

bangun2 tidur, jalan 5-60 langkah, baru minum air. jangan terus minum air...

ada penyakit, ubatnya adalah dengan nazar. jadi, jika jumpa dengan orang yang berpenyakit yang tiada ubat, btau dia suruh nazar..

jika kita ada sakit, nazar, sedekah atau puasa sebagai penawar penyakit..

jangan susah hati dan jangan mengeluh. syaitan suka..

bagi kencing manis, amik sirih cina, rendam dengan cuka selama kira-kira 30mins, makan daun buat ulam.

bagi kulit gatal, campurkan [garam, belerang dan lada hitam], tumbuk, campurkan olive oil dan sapu pada tempat gatal

bagi resdung, campurkan [air+cuka+madu}, selawat, sedut guna hidung dan keluarkan kahak ikut mulut.
amalkan setiap pagi

bagi darah rendah, bancuh kopi+1tspn margerine+gula, minum. akan berpeluh..

bagi bisul, ambil biji rumput, rendam dalam air dan letak pada bisul atau makan melada pahit 7 biji

bagi kebas, 4-5biji lada hitam, tumbuk jadi serbuk, +madu+air, minum pagi dan malam.

bagi legakan tekak/kahak, hiris tebu hitam, makan dengan garam

bagi sakit kulit merah2, olive oil+bedak sejuk = tempek pada kulit

bagi sakit saraf, baca surah al-ikhlas sampai tidur dan tidur atas carpet.(flat surface, i guess)

Sunday, July 29, 2012

Restoran saba cyberjaya - iftaar day 9 2012

Had iftaar tweetup session with stfians. 12 of us. Jaja, shikin mansor, rabby, ruphylla, ninie, fera, kemm, tika, gerek, nana, yati talha, n....me la.. Oh ya, at the very last minute, aidajeng joined us, for the cake cutting. Eh aida, ko rasa guilty sampai bawa kek la, ngeh ngeh...



Buffet spread was not so bad. Rating 8.5/10. Queue was terrible as they only had 1 buffet line. Ada nasi, kabsha lamb, maandi chicken, hantih chicken, chicken kebab, pitaa, humus, pasta with minced meat, dhaal, their signature tomato+cilipadi sauce, baklava, few kuihs, vimto, bandung, milo, lemon juice (i like!)..itu yg ingat la. Tak kesah la sebab nasi saba memang sedap!

Buffet per person is rm35++, incl tax blabla rm40.60/pax. Free for children, 4yo and below (yeke?)

For reservation, u can call 03-83202544

Saba' Restaurant




4800 Suite, 0-2 Ground Floor, Block A1, Jalan Perdana CBD Perdana, Cyberjaya

It is located near to MMU, terminal bas cyberjaya n rahim bistro.

Saturday, July 21, 2012

Makan-makan famili di restoran ana ikan bakar petai

Kalau datang sini,tak pernah tak penuh orang. Memang full house je. Alhamdulillah, dah buat reservation (for 25pax). If not, memang lamoo la tunggu. We had ikan pari bakar petai, baby kailan, sotong goreng tepung, tomyam ayam, apa lagi eh..air epal asam boi, fresh orange (dalam jug).
Makan-makan ni bersempena nak menyambut puasa.

Selamat menyambut ramadhan!



Friday, July 20, 2012

pumping


Inilah rutin setiap pagi. sampai je ofis, pakai shawl, setting, pam kat meja. hari ini tak busy sangat, so nak buat PP [power pumping]. but my own PP la. pam 30 minit 745-815am, rest 30 mins, pam 30 mins 845-915am, rest 30 mins, pam 30mins 945-1015am. so total 2.5hrs. [eh boleh ke panggil PP macam ni?] pastu pam mcm biasa, every 3 hours.

sekian.

 

Friday, June 8, 2012

Melbourne - Day 4 : great ocean road

great ocean road







 first pit stop - point addis








sambung perjalanan...

2nd pitstop - bluff beach





lighthouse




lihat si kecil baca doa









refill tank di Apollo Bay. aud72 for 159.9l. mahal


Lunch di Iluka, Apollo bay




the winding road


here we are, twelve apostles

si kecil tidur. tu dia, dalam selimut biru!












dah selesai jalan dan gambar, si kecil baru bangun.



road back to melbourne. gelap!